suria

Lima bulan berkahwin... Bella Dally beri bayangan sudah hamil!

Bella memberi bayangan dia kini sedang berbadan dua apabila memuat naik video alat ujian kehamilan di Instagram.

SETELAH hampir lima bulan mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan iaitu Arif Izuddin Mohd Razali, pelakon Bella Dally memberi bayangan dirinya kini sudah berbadan dua.

Menerusi laman Instagram, Bella memuat naik video pendek kelihatan dia sedang memegang alat ujian kehamilan dengan tanda positif pada malam Selasa.

Bagaimanapun, Bella tidak menulis sebarang kapsyen pada video tersebut dan tidak dapat dipastikan tujuan dia berkongsi rakaman berdurasi 16 saat itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Dally kini isteri Arif Izuddin

Namun, pada penghujung video tersebut Bella menyatakan tarikh 29.8.2019 yang mungkin merupakan tarikh untuk dia mengumumkan sesuatu.

Bella berkongsi rakaman video di Instagram.

Rata-rata pengikutnya turut teruja dengan perkongsian tersebut dan mengucapkan tahniah atas perkhabaran gembira itu.

Malah, rakan artis turut mengambil kesempatan meninggalkan komen di video tersebut.

Antaranya Mira Filzah, Nelydia Senrose, Bella Astillah, Ummi Nazeera, dan Hanez Suraya.

"Ya Allah, diam-diam tau dia buat kejutan. Tahniah babylove.

Bella berkahwin dengan Arif pada Mac lalu.

"Yeah... Bella kita dah mengandung lah. Tak sabar nak tengok Bella bawa perut besar, mesti comel je," tulis netizen.

Bella berkahwin dengan Arif Izuddin di Marina Putrajaya pada 31 Mac lalu.

Ini merupakan perkahwinan kedua bagi Bella.

Bella atau Nabilah Ali Dally, 28, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 namun bercerai pada 2 Mei 2018.

Bella Dally

Artikel Lain