Penganjur acara fesyen tak hormat waktu solat, Sharifah Sakinah buka mulut... “I'm not religious tapi tolonglah perbaiki waktu rehat”

Sharifah Sakinah berharap pihak penganjur acara memperbaiki waktu rehat untuk memudahkan umat Islam menunaikan solat.

TEGURAN Sharifah Sakinah terhadap penganjur acara pertunjukkan fesyen di Kuala Lumpur kerana tidak sensitif dengan waktu solat menerima reaksi positif orang ramai.

Rata-rata bersetuju dengan pelakon itu kerana berani menyuarakan teguran yang mungkin dianggap remeh bagi sesetengah pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupa-rupanya Sharifah Sakinah hidap disleksia, ADHD... “Banyak usaha perlu diambil untuk rasa normal”

Menurut Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 30, budaya dan agama sepatutnya dihormati tidak kira dalam industri hiburan mahupun pembinaan.

Malah, Sakinah turut memberi cadangan kepada pihak penganjur untuk menyusun waktu rehat daripada pukul 12 tengahari sehingga 2.30 petang bagi memudahkan jemputan yang hadir untuk menunaikan solat.

Sakinah berkongsi perkara tersebut menerusi Instagramnya.

"Saya mungkin bukan orang yang terbaik untuk bercakap mengenai perkara ini, sebab saya tidak cukup sempurna. Tapi saya berharap tahun hadapan penganjur tolong perbaiki jadual waktu rehat yang lebih sesuai.

"Kita seharusnya menghormati budaya dan agama tidak kira dalam industri hiburan atau pembinaan. Semua pihak perlu menyusun waktu rehat daripada 12 tengahari sehingga 2.30 petang supaya orang ada masa untuk solat.

"Harapnya tahun hadapan tolonglah tiada acara yang dijalankan sepanjang waktu itu," kata Sakinah.

Adik kepada penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah ini berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi laman Instagram.

Kita seharusnya menghormati budaya dan agama kita tidak kira dalam industri hiburan atau pembinaan.

Sharifah Sakinah

Pelakon

Pandangan Sakinah disambut baik netizen yang turut tidak berpuas hati dengan sikap tidak sensitif penganjur.

"Terima kasih kerana menyuarakan perkara ini. Teguran seperti ini harus datang daripada orang industri sendiri. Jadi terima kasih.

"Kenyataan yang bagus... Tidak kira golongan keagamaan atau tidak, mengingati orang lain sama seperti kita mengingati diri sendiri.

"Perkara ini datang daripada anda, terima kasih @sharifah_sakinah! Perkara ini tidak melibatkan keagamaan, tetapi ia sesuatu perkara yang penting!" komen beberapa netizen.

Sharifah Sakinah

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Artikel Lain