suria

“Saya hanya perlukan hijab untuk kelihatan seperti Jessica Alba, bukan LV, Prada atau Fendi” - Faezah Elai ‘ajar’ netizen cara berfesyen mengikut Islam

Gaya berfesyen secara sederhana membuatkan Faezah sering mendapat pujian daripada pengikutnya di Instagram.

PELAKON Faezah Elai menegur sesetengah individu yang gemar berfesyen dengan mengenakan pakaian berjenama mewah namun tidak menutup aurat sebagai seorang wanita muslim.

Menurut Faezah, 37, dia sedih apabila melihat cara berpakaian segelintir orang Islam yang seakan tiada beza dengan penganut agama lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Faezah Elai terharu penampilan tudung labuh dalam drama jadi ikutan

ARTIKEL BERKAITAN: Faezah Elai tak bermaksud hina peminat Fazura gemuk

"Saya belajar fesyen dulu. Satu benda yang saya faham mengenai fesyen adalah anda tak perlu pakai Prada, Chanel atau Louis Vuitton untuk buat anda kelihatan bergaya.

Faezah berkongsi beberapa gambar dia memperagakan pakaian namun menutup aurat.

"Ia adalah bagaimana anda 'membawa' sesuatu rekaan itu. Fesyen bermaksud anda selesa dan yakin. Tapi sedih dengan pemahaman orang kita yang berpendapat fesyen perlu mewah.

"Sampai kadang-kadang kalau orang luar tengok, dia tak tahu orang yang pakai tu agama apa," ujarnya.

Tambah Faezah, dia bagaimanapun enggan menilai seseorang hanya daripada luaran kerana hakikatnya keindahan Islam pada seseorang itu terletak pada amalannya.

"Saya bukan bermaksud seseorang tu kena bertudung labuh atau pakai jubah, pakai seluar atau skirt sebab saya bukan menilai daripada apa yang mereka pakai.

"Islamnya seseorang itu terletak pada rukun Islam dia, bukan baju dia. Kalau semua aurat tutup sekalipun hingga nampak mata saja, tapi rukun Islam pun tak pernah buat, yang tu bukan Islam.

Fesyen bermaksud anda selesa dan yakin. Tapi sedih dengan pemahaman orang kita yang berpendapat fesyen perlu mewah.

FAEZAH ELAI

PELAKON

"Setakat pakai jubah dan tudung labuh ke lutut, perempuan Arab yang bukan Islam pun pakai yang sama," katanya lagi.

Dalam pada itu, Faezah turut memberi nasihat kepada peminatnya untuk terus istiqamah dan menjaga tertib dalam berpakaian.

"Cuma untuk yang bertudung tu, apabila orang tengok, (biarlah) orang tahu awak tu Islam. Tak kisahlah awak lilit tudung macam manapun. Moga kita terus istiqamah.

"Saya hanya perlukan hijab untuk kelihatan seperti Jessica Alba, bukan LV, Prada atau Fendi," selorohnya.

Faezah Elai, fesyen

Artikel Lain