suria

Neelofa mencelah dalam IG live Ebit Lew, tak puas hati terpalit kontroversi - “Kenapa Caprice kaitkan nama saya?”

Neelofa akan menghubungi Caprice berhubung dakwaan namanya turut terpalit.

TERPALIT dengan konflik antara Ebit Lew dan Caprice, pengacara popular Neelofa meminta namanya tidak dikaitkan dengan isu misi bantuan kemanusiaan Gaza.

Neelofa menerusi Instagram live personaliti dakwah Ebit Lew pada petang Khamis berkata, dia sendiri akan menghubungi penyanyi rap itu bagi menyelesaikan hal itu.

“Saya akan contact Caprice kenapa kaitkan nama orang yang tak terlibat. This is not right!

ARTIKEL BERKAITAN: Makin panas! Ebit Lew akui ada bukti tepis tuduhan Nadir, Caprice... kalau tak balas akan menjadi-jadi - “Isteri, anak menangis macam saya ada kes besar”

“My mom pun tiada kena mengena dengan cerita Caprice dan ustaz.

“Saya minta jangan kaitkan benda yang tidak berasas” tulisnya pada ruangan komen.

lofa lib
Neelofa mencelah dalam live Ustaz Ebit Lew.

Sebelum ini, nama Neelofa dipetik oleh penyanyi Takda Hal Bro yang mendakwa pengacara itu sepatutnya tersenarai dalam rombongan misi bantuan ke Gaza, Palestin bersama Ebit Lew.

Bagaimanapun, Caprice mendakwa Ebit mengeluarkan beberapa nama termasuk Neelofa bagi menjalankan misi itu bersendirian.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mengulas perkara berkenaan, Ebit berkata, Caprice menghubungi dia dan bertanya tentang dokumen yang kononnya nama Neelofa dan suaminya Harris Ismail turut tersenarai ke Gaza.

Saya minta jangan kaitkan benda yang tidak berasas

NEELOFA

PELAKON/PENGACARA

“Dia tuduh saya ambil dokumen yang ada nama dia, Neelofa dan Haris. Dia mesej saya secara tiba-tiba. Saya hanya bersangka baik tapi dia berkeras.

“Saya tak pernah jumpa dia, Neelofa dan Harris untuk berbincang fasal isu Gaza. Dia kata mak Neelofa yang beritahu pada dia hal itu.

“Saya tak bawa lari dokumen, saya ikut saluran yang betul,” ujar Ebit.

Terdahulu, Ebit Lew menerusi Instagram live menjawab segala fitnah dan menjelaskan isu hangat berkaitan Gaza yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Isu yang dibangkitkan oleh Caprice pada Jumaat lalu itu menjadi panas selepas seorang rakyat Malaysia, Nadir Al Nuri yang menetap di Semenanjung Gaza mendedahkan perjalanan pendakwah itu ke bumi bergolak itu tidak melalui cara yang sepatutnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain