suria

Makin panas! Ebit Lew akui ada bukti tepis tuduhan Nadir, Caprice... kalau tak balas akan menjadi-jadi - “Isteri, anak menangis macam saya ada kes besar”

Ebit (kanan) ditemani peguam, Datuk Hasnal Rezua Merican selepas membuat laporan di IPD Dang Wangi, petang Rabu.

EPISOD kemelut membabitkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew melibatkan misi kemanusiaannya ke Gaza semakin panas!

Selepas pendedahan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman awal hari ini, Ebit kemudian tampil membuat laporan polis pada petang Rabu.

Menerusi sidang media selepas selesai membuat laporan polis, Ebit tampil menafikan kesemua dakwaan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai DM Caprice minta maaf, penjelasan Nadir Al-Nuri buka mata kisah Ebit Lew di Gaza - “Allah bantu terangkan bagi pihak"

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja persoal, Nadir Al-Nuri dedah cara team Ebit Lew di Gaza... tapi akui tak pernah iri hati, cuma kongsi teguran ‘kasih-sayang’

"Wallahi semua tuduhan tak benar, tak betul dan memang fitnah semata-mata. Saya ada bukti untuk semua itu, sepatutnya orang yang menuduh keluarkan bukti, tapi tak apa biar saya yang keluarkan bukti walaupun saya kena tuduh," demikian kata Ebit.

Tambah pendakwah ini lagi, dia enggan membalas atau mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana tidak mahu isu berkenaan berpanjangan.

"Semenjak dari Mesir lagi, macam-macam ujian, tekanan yang datang. Tapi saya macam biasalah. Saya tahu kalau saya balas, akan menjadi-jadi. Saya dah lama diam dan tak cakap apa-apa.

"Tapi semenjak dua menjak ini, (keluar kenyataan) daripada Caprice dan hari ini Nadir, viral tentang saya. Kalau tentang saya, saya ok saja sebab dari kecil dah biasa tapi bila anak isteri menangis tanya kenapa... macam saya ada kes besar.

"Kalau boleh saya tak nak balas. Dari awal saya tak keluarkan apa-apa. Tapi hari ini saya ke balai membuat laporan sebab ia sangat mengganggu dan menyedihkan.

"Daripada awal arwah ayah saya tahu ini, dia pun sedih dan kecewa, anak, isteri saya dan isteri-isteri team saya. Saya nak menafikan semua dakwaan dan tuduhan ini, sekelip mata sahaja saya boleh jawab semua sekali. Wallahi semua tak ada," ujarnya.

cap

Ebit menyangkal semua kenyataan dan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya oleh Caprice dan Nadir Al-Nuri.

Ebit juga tampil menjelaskan bahawa misi tersebut dilaksanakan di atas biayanya sendiri dan tidak pernah membuka sebarang tabung untuk tujuan berkenaan.

Dalam masa yang sama pendakwah ini memaklumkan akan menjawab segala tuduhan terhadapnya secara terperinci esok.

Terdahulu, Ebit tiba kira-kira pukul 6.15 petang di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk membuat laporan polis.

Pendakwah itu turut ditemani peguamnya, Datuk Hasnal Rezua Merican.

Saya nak menafikan semua dakwaan dan tuduhan ini, sekelip mata sahaja saya boleh jawab semua sekali. Wallahi semua tak ada.

USTAZ EBIT LEW

PENDAKWAH

Sementara itu, Hasnal berkata kenyataan Ebit dirakam oleh pihak polis dalam masa terdekat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambah Hasnal, tindakan perundangan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terus membuat pelbagai dakwaan terhadap anak guamnya.

"Kita akan tinjau dalam pelbagai platform yang ada. Kalau mereka masih tegar memperkatakan isu ini, akhirnya kita akan juruskan kepada defendan yang benar-benar mahu satu forum berlangsung di mahkamah. Jadi kita akan seret mereka untuk hadapi proses undang-undang.

"Yang dah minta maaf itu, pertimbangan ustaz sendiri pun beliau tak mahu panjangkan isu ini," ujarnya.

Untuk rekod, kisah misi ke Gaza oleh Ebit mulai panas selepas penyanyi rap, Caprice tampil membuat pendedahan baru-baru ini, namu dia sudah membuat permohonan maaf pada Selasa.

ebit 1

Misi kemanusiaan oleh team Ebit ke Gaza mulai panas selepas pendedahan Caprice.

Terbaharu awal hari ini pula, Nadir yang juga seorang rakyat Malaysia yang menetap di Gaza tampil membuat pendedahan mengenai cara team Ebit ketika menyalurkan bantuan di kawasan bergolak itu.

Dalam satu kenyataan panjang lebar, Nadir berkata pendedahan tersebut adalah sebagai teguran 'kasih-sayang' dan bukannya kerana iri kepada pendakwah berkenaan.

Caprice sebelum ini juga memaklumkan akan membuat pendedahan 'mengejutkan' melibatkan misi kemanusiaan Ebit dalam Instagram miliknya secara langsung pada Rabu.

Bagaimanapun dalam perkembangan terbaharu, Caprice memaklumkan sesi live yang pada awalnya dijangka dilakukan malam ini, terpaksa dibatalkan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain