suria

Selain buat orang ‘geram’, ramai keliru dengan rambut bayi comel ini... betul ke palsu? - “Dah tiga anak lelaki, saya doa dapat perempuan pula”

Medina yang berusia sembilan bulan meraih perhatian ramai di TikTok.

COMELNYA! Macam anak patung.

Begitulah rata-rata komen netizen yang memuji seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan, Putri Nur Khayla Medina Ahmad Fadzlie.

Video bayi itu banyak dikongsi oleh ibunya, Norshila Yasin, 30, menerusi aplikasi TikTok sehingga meraih puluhan ribu tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Biasa tapi bahaya! Doktor dedah bayi 18 hari maut tak lama selepas mulutnya dicium - “Tak salah suka sangat kat budak, sayang benar kat anak”

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan bawa bayi sakit ke hospital cuba larikan diri tak mampu bayar ubat, saksi kejadian terkejut tindakan staf farmasi!

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Shila mengakui sekadar berkongsi video gelagat anak bongsunya di TikTok secara suka-suka, namun terkejut dengan reaksi positif yang diterima.

"Saya kongsi video untuk disimpan sebagai kenangan. Kalau nak ikutkan, ada terlalu banyak video dan gambar anak sulung sehinggalah yang bongsu. Penuh telefon, jadi saya pilih untuk simpan di TikTok.

"Bila ramai yang suka tengok, saya pun kongsikan saja. Saya rasa terharu. Walaupun tak kenal, tapi mereka bagi doa untuk Medina.

"Kepada warga TikTok, terima kasih banyak ya. Kepada peminat Medina yang banyak bagi sokongan, suka tengok Medina, bagi kata-kata ucapan, saya doakan mereka dipermudah segala urusan," kata Shila.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, ada netizen yang keliru melihat rambut anak bongsunya yang kelihatan lebat dan berkilat.

Jelasnya, ia bukanlah rambut sebenar sebaliknya merupakan rambut palsu yang dibeli dan dipakaikan secara suka-suka.

Puas hati beli baju untuk Medina. Dapat lawa-lawa, dia pun jenis tak rimas pakai apa-apa.

SHILA

"Ramai yang komen dan bertanya sekiranya ia rambut betul atau tidak? Ia sebenarnya rambut palsu. Saya tak berselindung, orang tanya saya akan jawab.

"Saya beli khas untuk Medina. Dia pun OK saja sebab dah terbiasa pakai headband sejak kecil. Medina tak akan merengek atau cabut sebab dia dah terbiasa.

"Saya cuma pakaikan untuk ambil gambar dan bila keluar. Sebenarnya semua anak saya jenis rambut halus, bila dah besar sikit baru lebat.

medina4

Medina bersama tiga abangnya.

"Kadang-kadang bila keluar, orang akan tegur sebab geram tengok rambut Medina," ujarnya berseloroh.

Selain Medina, Shila turut mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Wafiy, 6, Rayyan, 4 dan Rizqi, 2 tahun.

Menetap di Serendah, Selangor, Shila berkata dia 'puas hati' apabila dapat menggayakan si bongsu memandangkan tiga yang lain merupakan anak lelaki.

medina1

Kata Shila, Medina tak rimas dipakaikan rambut palsu.

"Bila dah tiga anak lelaki, saya berdoa agar dikurniakan anak perempuan pula. Ya Allah, gembira sangat.

"Saya tiga kali pembedahan, anak kedua saja yang bersalin normal. Bila dapat anak keempat perempuan, lagi banyak pilihan baju saya boleh beli untuk dia.

"Kalau baju budak lelaki, gayanya hampir sama semuanya. Baju budak perempuan memang banyak pilihan, rasa macam nak beli semua.

medina2

Si comel ini kerap mencuri perhatian netizen di TikTok.

"Puas hati beli baju untuk Medina. Dapat lawa-lawa, dia pun jenis tak rimas pakai apa-apa. Abang-abang semua pun suka, minta belikan lagi baju untuk adik," ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kata Shila, dia turut membeli kain dan menempah baju khas untuk Medina ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Untuk Hari Raya Aidiladha pula, dia sekadar membeli baju gaun memandangkan mereka tidak dapat pulang ke kampung di Pasir Putih, Kelantan.

Untuk rekod, Shila kini mempunyai hampir 13,000 pengikut di TIkTok.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita berang mentua melahap kek perkahwinan