suria

Pilih tema putih tanpa sebab, enggan basuh baju kotor jadi petunjuk bayi usia 5 bulan dinanti selama 7 tahun akan ‘pergi’ - “Saya macam dah boleh rasa”

Pemergian Yusuf pada Januari lalu ternyata memberi kesan kepada mereka sekeluarga.

PILU di hati wanita ini, tak siapa mampu mengerti.

Menurut usahawan yang mahu dikenali sebagai Nurul Atikah, 32, dia perlu menanti selama tujuh tahun sebelum dikurniakan cahaya mata kedua yang diberi nama Muhammad Yusuf Mikael pada Ogos tahun lalu.

Namun, akibat masalah kesihatan melibatkan salur pernafasan, si comel itu akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 21 Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Koma 2 minggu, ibu reda jika anak bongsu dijemput Ilahi... pelajar STPM imbas detik ‘mati hidup semula’ akibat kemalangan, batuk pun keluar darah

ARTIKEL BERKAITAN: 2 tahun tahan rindu, anak sedih ada halangan lain tak dapat balik Sabah pada hari kematian bapa - “Ramadan kali ini rasa kosong, tiada apa ditunggu”

Mesra disapa Atikah, wanita itu mengakui masih lagi bersedih dengan pemergian anaknya dan segala memori bersama masih kuat bermain di ingatan.

"Yusof seorang anak yang pandai. Bila bangun pagi, dia akan gelak tengok kita. Dari lahir sampailah ke akhir hayat, suami saya yang banyak jaga dia.

"Saya bersalin secara pembedahan buat kali kedua, sakit teruk. Suami saya yang mandikan, tukar lampin dan buat semuanya untuk Yusof.

"Suami saya juga jenis susah nak tunjuk sedih, tapi kita tengok pun tahu. Kalau Yusof ada, 26 Ogos ni genap setahun umurnya," ujar usahawan itu.

Menurut Atikah, dia sekeluarga juga sempat menjalani sesi photoshoot dengan tema pakaian berwarna putih, sekitar 20 hari sebelum kematian anaknya.

yusuf4

Foto kenangan Atikah bersama arwah anak bongsunya.

Menurut Atikah lagi, bayinya pada waktu itu masih sihat, malah dia juga tak menyangka ia akan menjadi photoshoot terakhir mereka sekeluarga.

"Suami saya jenis tak suka ambil gambar, tapi tiba-tiba kami terfikir nak photoshoot. Saya pun secara spontan nak kami sekeluarga pakai baju putih.

Sejak mengandungkan Yusuf sampai sekarang, Alhamdulillah bisnes saya makin maju.

ATIKAH

"Siap panggil jurugambar. Jadi kami photoshoot empat beranak. Pada waktu itu ada saya, suami, anak sulung yang berumur lapan tahun dan Yusof.

"Kemudian, pada 15 Januari Yusuf tiba-tiba demam dan penat. Terus bawa ke emergency dan dimasukkan ke hospital selama tiga hari.

"Tapi keadaan masih sama. Terus doktor masukkan ke unit rawatan rapi (ICU). Bermula dari situ keadaan dia kritikal," imbas Atikah sebak.

yusuf3

Netizen di TikTok turut memberi kata-kata semangat kepada Atikah atas pemergian anaknya.

Dedah Atikah, dia juga diberi peluang bersama dengan si bongsu yang mesra disapa 'adik' itu sebelum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pulau Pinang.

"Empat hari sebelum Yusuf meninggal, saya ada nak cuci baju dia. Tapi saya terfikir, kalau basuh, hilang pula bau. Tiada lagi kenangan.

"Saya macam dah boleh rasa. Tapi saya fikir balik, tak elok ada perasaan macam tu. Jadi saya basuh juga. Saya anggap perasaan pada waktu itu mengarut sahaja," ujarnya lagi.

yusuf1

Suami Atikah banyak menjaga arwah anak mereka memandangkan dia tidak sihat selepas bersalin secara pembedahan.

Selain Atikah dan suami, anak lelakinya juga masih bersedih dengan pemergian si cilik itu biarpun sudah hampir setengah tahun berlalu.

Di sebalik duka yang melanda, Atikah berkata Yusuf banyak membawa rezeki sejak dia berada dalam kandungan lagi.

"Sejak mengandungkan Yusuf sampai sekarang, Alhamdulillah bisnes saya makin maju. Orang kata, ada hikmah atas apa yang berlaku.

"Walaupun dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi, bisnes kosmetik dan butik saya makin naik.

"Cuma saya kena kuat dan tabah hadapi dugaan ini," ujar Atikah lagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambah Atikah, komen netizen di TikTok banyak memberi kekuatan kepadanya selepas dia berkongsi video-video melibatkan arwah di aplikasi itu.

"Kawan-kawan di TikTok banyak bagi semangat. Ada juga yang kongsi kisah mereka, ujian mereka lebih berat.

"Dengan kata-kata mereka, ia membuatkan saya rasa lega sikit," ujarnya yang menetap di Pulau Pinang.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain