suria

Wah! Ada alat sanitasi, akak ni ‘zasss’ sembur abang J&T hantar barang... suami pun kena juga - “Covid-19 ni kita tak nampak”

SEMBUR FRONT

DENGAN peningkatan kes Covid-19 yang sudah mencecah lima angka ketika ini, pasti ramai dalam kalangan masyarakat kita mengambil langkah berjaga-jaga yang lebih teliti bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang terpaksa keluar bekerja di lapangan, bertemu dengan orang ramai ataupun melibatkan servis penghantaran barangan.

Begitu juga dengan wanita ini yang menjalankan bisnes barangan kecantikan dan makanan tambahan (supplement) secara dalam talian (online).

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dedah suaminya positif Covid-19 selepas rider COD barang di rumah pelanggan gelang pink - “Mungkin disebarkan melalui wang kertas”

ARTIKEL BERKAITAN: Dugaan rider, pelanggan tak berbaju sorok tangan pakai gelang pink... gara-gara bayar cash, identiti didedah ibu – “Balik rumah terus sanitize satu badan”

Gara-gara perlu berurusan dengan pihak syarikat kurier hampir setiap hari, dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan membeli alat sanitasi untuk kegunaan harian.

Bukan setakat dalam rumah, malah wanita ini turut menggunakan alat sanitasinya untuk 'menyembur' pekerja penghantaran dari syarikat kurier yang mengambil dan menghantar barangan di rumahnya.

"Awak pun barisan hadapan juga, terima kasih hantar barang kami ye budak-budak J&T. Musim Covid-19 pun korang tetap kerja," tulisnya pada salah satu video yang dimuat naik di TikTok.

Sehingga kini video berkenaan meraih hampir 500,000 jumlah tontonan dalam tempoh 24 jam!

Berkongsi cerita dengan mStar, Eyra Zanuddin berkata, tindakannya itu seolah-olah menjadi 'rutin' setiap kali pekerja penghantaran datang ke rumahnya.

"Sebenarnya pekerja lelaki dalam video tu memang in-charge dekat kawasan perumahan kami... dia memang selalu ambil dan hantar barangan di rumah saya. Kebiasaannya, dia akan letak parcel di luar rumah.

SEMBUR BARU 1

Alat sanitasi (kiri) yang dibeli oleh Eyra pada tahun lalu dan sering digunakan untuk membersihkan parcel yang dihantar dan diterimanya.

"Tapi ketika itu ada melibatkan wang COD, jadi saya keluar berjumpanya. Itu yang saya 'sembur', dia tahu saya ambil video tapi tak tahu saya upload. Bila dah viral, dia komen... rupa-rupanya dia pun ada TikTok.

"Dia kata tak pasal-pasal dia popular sebab kawan-kawan sekerja pun tahu," cerita wanita berusia 29 tahun ini.

Menetap di Bangi, Selangor yang menjadi negeri mencatatkan kes harian tertinggi, Eyra berpendapat adalah menjadi keperluan untuk bersikap lebih teliti soal keselamatan dan kebersihan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Covid-19 ni kita tak nampak. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, eloklah kita lindungi keluarga dan orang sekeliling. Ini kerana mungkin ada dalam kalangan kita yang masih tak alert atau sekadar ambil remeh.

Dalam sehari, dua kali saya akan sanitasi rumah. Kalau suami pulang bekerja pun saya 'sembur' juga.

EYRA ZANUDDIN

"Saya sebenarnya beli alat sanitasi berkenaan sejak lebih setahun lalu, masa mula-mula negara kita kesan kes Covid-19. Lebih-lebih lagi saya buat bisnes online secara sampingan dan banyak 'deal' dengan kurier.

"Dalam sehari, dua kali saya akan sanitasi rumah. Kalau suami pulang bekerja pun saya 'sembur' juga. Kalau boleh, nak bawa alat tu ke mana-mana saya pergi tapi nanti orang tengok pelik pula," ujarnya berseloroh.

SEMBUR FAMILY

Eyra (dua, kiri) bersama suami dan keluarganya.

Tidak menyangka perkongsiannya tular, Eyra berkata dia menerima banyak komen dan maklum balas daripada netizen.

"Ada yang DM tanya beli dekat mana, berapa harganya. Ada juga yang puji sebab alert dengan keselamatan pekerja kurier. Maklumlah mereka ni barisan hadapan juga... tetap bertugas untuk kita dan terdedah kepada risiko.

"Dengan kes yang meningkat sekarang, memang kita patut lebih teliti," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain