suria

Koma 2 minggu, ibu reda jika anak bongsu dijemput Ilahi... pelajar STPM imbas detik ‘mati hidup semula’ akibat kemalangan, batuk pun keluar darah

Din berkata, dia koma selama dua minggu menerusi kejadian kemalangan pada tahun 2018.

IBARAT mati hidup semula.

Begitulah kisahnya mengenai seorang remaja lelaki yang mengimbas detik malang dia ditimpa kemalangan sehingga koma selama dua minggu pada Mac tahun 2018.

Menurut Muhammad Nasarudin Mat Nil, 19, dia pada waktu itu sedang menunggang motosikal bersendirian pada waktu malam sebelum mengalami kemalangan, dipercayai berlanggar dengan sebuah motosikal lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Berimajinasi kemalangan sebab nak tahu siapa paling risau... posting gadis ini buat ramai doakan ia benar-benar berlaku - “Normal ke apa yang saya rasa?”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai sedih tengok rider ini kemalangan, tapi sahabat dedah mesej dihantar kepadanya sebelum mula kerja 10 kali lebih menyayat hati

"Pada waktu kemalangan tu, saya baru balik lepak dengan kawan-kawan. Bila berlaku kemalangan, saya memang tak sedar langsung.

"Saya hanya sedar selepas dua minggu koma. Masa tu saya terlantar di unit rawatan rapi (ICU). Saya alami kecederaan patah lapan ke sembilan tulang rusuk. Paru-paru juga bocor akibat tercucuk tulang patah.

Din sewaktu berada dalam keadaan koma.

"Pada waktu itu, keadaan saya 50/50. Saya bergantung dengan mesin bantuan pernafasan sahaja," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Din, pelajar tingkatan enam di sebuah sekolah di Marang, Terengganu itu mengakui keluarganya juga putus harapan akan keadaan dirinya pada waktu itu.

Malah, ibunya, Remalah Ishak, 64, pada waktu itu turut reda sekiranya Din pergi dijemput Ilahi.

Saya juga alami batuk berdarah pada waktu itu. Setiap hari habis sekotak tisu.

DIN

"Pada mulanya saya dihantar ke Hospital Kuala Berang. Kemudian saya dipindahkan ke Hospital Kuala Terengganu. Saya perlu jalani pembedahan kerana paru-paru bocor.

"Masa koma, memang tak ingat apa-apa. Selepas buka mata pun saya tak ingat sangat. Tapi saya ingat ada keluarga di sisi.

Din terkejut video dikongsi di TikTok menjadi tular.

"Masa tu, adik-beradik saya yang duduk jauh pun semua balik. Selepas keluar hospital, saya ambil masa beberapa bulan untuk sembuh.

"Saya juga alami batuk berdarah pada waktu itu. Setiap hari habis sekotak tisu. Tapi saya bersemangat untuk sihat, dah tak nak seksa," ujar anak bongsu daripada lapan beradik itu.

Imbas Din, dia turut menerima hadiah sebuah motosikal baharu, pemberian kakaknya selepas dibenarkan discaj dari hospital pada waktu itu.

Din bersama salah seorang kakaknya.

Terbaharu, video throwback kisah itu yang dikongsi Din di TikTok meraih lebih 760,000 tontonan.

Kata Din, dia sekadar suka-suka berkongsi kisah itu dan terkejut ia menjadi tular dan dihujani pelbagai komen netizen.

Rata-rata netizen turut memberi kiriman doa dan kata-kata semangat buat Din menerusi ruangan komen.

Pelajar ini bersyukur dengan segala komen positif yang diterima di media sosial.

"Saya cuma nak kongsi pengalaman sedih saat itu. Saya pun terkejut ia viral dalam satu malam sahaja.

"Tapi saya bersyukur dengan komen-komen netizen yang doakan saya di TikTok," ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain