suria

Kos mahal sangat, lelaki ini buat sendiri gim, alat bersenam guna barang terpakai... sengaja tak letak bumbung sebab ada ‘sejarah hitam’

Black (kiri) menunjukkan antara peralatan gim di belakang rumah. Gambar kecil memaparkan Black dalam proses membina badan.

BUKAN semua orang mampu pergi ke gim, tapi tidak bermakna impian untuk memiliki badan berotot seharusnya dilupakan.

Bagi seorang pemuda, keinginan untuk berbadan sasa atau sado membuak-buak sehingga bertindak menghasilkan peralatan gim sendiri di rumah.

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, dia menunjukkan sebahagian peralatan senamannya yang dihasilkannya sendiri menggunakan barang-barang terpakai.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda bina bilik tersembunyi di rumah pusaka usia lebih 100 tahun... masuk kena merangkak, tak boleh berdiri! - "Dulu bangun tidur je ada kesan cakar"

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar dedah bagaimana dirinya tiba-tiba boleh ada dalam mall... tebal muka, berselipar pulang angkut guni - "Mungkin ada yang ingat saya pengemis"

Pemuda berkenaan berkenaan, Muhamad Iqbal Muhamad Nor berkata, dia sebelum ini bersenam di gim tetapi terpaksa berhenti kerana kekangan kewangan.



Kelengkapan gim menggunakan besi, bahan terpakai dan acuan simen.

Sehubungan itu, anak muda berusia lewat 20an itu memberitahu, dia terdetik untuk menghasilkan gim sendiri di hadapan rumahnya di Jitra, Kedah, pada 2016.

"Dulu, saya selalu pergi bersenam di gim, bayar setiap kali masuk. Tapi kalau hari-hari gim banyak kos. Lebih baik saya buat gim sendiri, lebih jimat.

"Pada awalnya cuma ada beberapa peralatan. Saya menambahnya dari semasa ke semasa, dan paling banyak ditambah ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang pertama tahun lalu.

"Setakat ini, saya ada 14 peralatan atau 'mesin' senaman untuk menguatkan otot badan seperti bahagian dada, lengan dan belakang badan," katanya kepada mStar.



Sebahagian kelengkapan gim di belakang rumah.

Lebih dikenali sebagai Black, katanya, kesemua peralatan gim dihasilkan menggunakan besi buruk, batang kayu dan simen termasuklah menghasilkan acuan piring beban (weight plate).

Mengulas lanjut, dia mempunya kebolehan dan kemahiran untuk membuat peralatan gim sendiri kerana bekerja sebagai kontraktor selain mendapat idea daripada video di laman YouTube.



Sesi latihan bersama rakan.

"Saya buat gim di hadapan rumah tapi terpaksa memindahkannya ke belakang rumah pada akhir 2017 bila banyak besi yang hilang kena curi. Besi kan boleh dibuat duit.

"Bila dipindahkan ke belakang, saya ajak rakan-rakan untuk berlatih bersama. Antara kami akan berlatih bersama antara satu sama lain," ujarnya yang menjadi 'kaki gim' sejak 2014.

Black yang merupakan anak kelahiran Jitra, kedah memberitahu, dia berpengalaman sebagai ahli gusti lengan sebelum mahu memberi tumpuan kepada misi bina badan bermula pada Ogos 2020.



Black (dua, kiri) bersama rakan-rakan di gim belakang rumah.

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga kejohanan gusti lengan peringkat Kedah 2020 itu tidak dapat melupakan kejadian bumbung gim di belakang rumahnya roboh.

"Depan rumah ada hutan, jadi saya masuk hutan cari kayu-kayu dan jadikan sebagai bumbung gim. Tapi akhir tahun lalu bumbung kayu gim roboh kerana dimakan kumbang.

Dulu, saya selalu pergi bersenam di gim, bayar setiap kali masuk. Tapi kalau hari-hari gim banyak kos. Lebih baik saya buat gim sendiri, lebih jimat.

MUHAMAD IQBAL MUHAMAD NOR

"Sekarang ni gim dalam keadaan terbuka dan saya gunakan penyembur anti karat untuk memastikan kelengkapan sentiasa dalam keadaan baik.

"Belum terfikir untuk buat bumbung baru tetapi saya mahu menambah lebih banyak peralatan gim. Biarlah panas, sebab bersenam di gim memang untuk keluarkan peluhkan. Lagipun saya bekerja sebagai kontraktor, jadi dah biasa dengan cuaca panas," tambahnya.



Black dalam proses untuk memiliki badan berotot.

Menjadikan bekas jaguh bina badan negara, Sazali Samad sebagai idola, anak kedua daripada empat beradik itu tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana pertandingan bina badan.

"Masa Ogos tahun lepas, berat badan saya 77 kilogram (kg) dan sekarang 90kg. Sekarang dalam proses bulking (membesarkan badan) sehingga 95kg, dan selepas itu saya melakukan cutting menerusi diet untuk menampakkan badan saya lebih berotot.

"Saya sekadar berlatih dan bersenam di gim untuk mendapatkan badan berotot. Tak minat masuk pertandingan pun, sekadar suka-suka untuk kepuasan diri," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain