suria

Ramai sedih tengok rider ini kemalangan, tapi sahabat dedah mesej dihantar kepadanya sebelum mula kerja 10 kali lebih menyayat hati

Ammar terbabit dalam kemalangan sewaktu dalam perjalaanan menghantar makanan kepada pelanggan.

SETELAH berhenti kerja sebagai tukang masak di Putrajaya pada Mac lalu, pemuda ini bekerja sebagai pengantar makanan untuk meneruskan hidup.

Namun, malang menimpa apabila dia mengalami kemalangan sewaktu menghantar pesanan pelanggannya pada Selasa sehingga menerima tiga jahitan di kepala.

Kisah melibatkan Muhammad Ammar Shuib, 24, menjadi tular setelah dikongsi sendiri oleh rakan sekolahnya, Khai Artzfar, 28, menerusi laman Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayam punca kemalangan! Gadis terpaksa dibedah 3 kali, muka tertusuk cermin mata ketika edar taqwim bantu keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita harap rider faham tugas, jangan beri alasan ‘lambat sebab cuaca’ - “Tak pernah dengar perkataan baju hujan kot”

Bercakap mewakili sahabatnya itu, Khai berkata Ammar merupakan junior sekolah sewaktu mereka sama-sama menuntut di Pokok Sena, Kedah, suatu ketika dahulu.

"Kami kenal dari zaman sekolah lagi. Satu asrama. Dia sebenarnya baru berhenti kerja pada awal Mac.

"Selepas itu dia bekerja sebagai rider Foodpanda. Tak lama kemudian dia balik ke Kedah dan masih meneruskan kerja itu.

Keadaan Ammar selepas kemalangan pada Selasa.

"Semalam lepas dapat tahu dia kemalangan, terus saya mesej dia. Memang terkejut dan kasihan. Dia kemalangan sewaktu nak hantar makanan pelanggan," ujar Khai kepada mStar.

Menurut Khai lagi, dia sememangnya bersimpati atas nasib yang melanda rakannya itu.

Malah, dia turut mendedahkan Ammar ada menghubunginya bagi meminjam sejumlah wang bagi memulakan kerjanya sebagai rider, sekitar dua bulan lalu.

Dalam masa sama harap ia tidak berulang. Tambahan pula sekarang makin banyak kenderaan di jalanan sebab kerajaan dah longgarkan PKP.

KHAI ARTZFAR

RAKAN

"Masa awal kerja sewaktu Covid-19 hari tu, dia ada minta pinjam duit buat modal selepas berhenti kerja.

"Saya pun tahu dia ada masalah kewangan. Memang terkejut bila dapat berita semalam.

"Saya sebenarnya trauma, lima tahun lepas ada kawan saya meninggal dunia akibat kemalangan dalam bulan puasa," ujarnya.

Posting Khai mengenai sahabatnya di Twitter.

Menurut Khai lagi, dia juga perasan banyak laporan berita lewat kebelakangan ini mengenai kemalangan melibatkan golongan rider.

Ujarnya, dia sedar bulan Ramadan dan musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi sumber rezeki buat rider, namun berharap kejadian buruk seperti itu tidak berulang lagi.

"Saya sendiri pun banyak tengok kisah rider kemalangan. Saya hanya doakan yang baik-baik, minta janganlah terjadi lagi.

Foto sekitar kejadian kemalangan itu.

"Dalam masa sama harap ia tidak berulang. Tambahan pula sekarang makin banyak kenderaan di jalanan sebab kerajaan dah longgarkan PKP," ujarnya lagi.

Dalam kejadian pada Selasa, Ammar terlibat dalam satu kemalangan bersama sebuah lagi kereta.

Dia pada Rabu telah mendapatkan rawatan dan turut membuat imbasan bagi mengenalpasti sekiranya ada kecederaan dalaman.



Mesej antara Khai dan Ammar yang turut mengundang simpati orang ramai sehingga ramai ada yang mahu tampil membantunya.

Menerusi perkongsian Khai di Twitter, dia turut memuat naik video Ammar yang terduduk di tepi jalan dalam keadaan darah berlumuran di wajah.

Rata-rata pelayar Twitter turut menzahirkan rasa simpati dan memberi kata-kata semangat buat pemuda itu serta meminta nombor akaun bank miliknya untuk diberikan sumbangan.

"Kesiannya. Semoga urusan bro ni dipermudah.

"Sedihnya, moga terus dipermudahkan urusan dia.

"Ya Allah kesiannya. Kalau dia accident memang dah tak boleh buat kerja sampai betul-betul sembuh," ujar beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain