suria

Mengejutkan telur penyu dibawa masuk platform e-dagang, Maya Karin pun bersuara!

Penjualan telur penyu secara terbuka di platform e-dagang online Shopee menimbulkan kecaman netizen.

KEWUJUDAN pelbagai platform e-dagang sememangnya memudahkan orang ramai untuk membeli apa jua barang yang dikehendaki mereka.

Hanya perlu memesan dan membuat pembayaran, barang akan dihantar di hadapan pintu rumah.

Namun baru-baru ini netizen dikejutkan dengan iklan penjualan telur penyu secara terbuka di salah satu platform jualan online popular.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir setahun jual barang di eBay, macam-macam order dapat... paling win ramai di Finland nak ubat nyamuk! - “Pernah terfikir, banyak sangat ke nyamuk di sana?”

ARTIKEL BERKAITAN: Percubaan usahawan kosmetik jual topeng muka kalis air, doktor tampil beri ilmu - “Nak sangat berkesan, boleh saja pakai beg plastik tapi... ”

Ia dikongsikan oleh Turtle Conservation Society of Malaysia di laman Twitter.

Menerusi perkongsian tersebut yang turut memuat naik tangkap layar (screenshot) iklan di platform jualan online itu, didapati telur penyu dijual pada harga sekitar RM7.50 sebiji.

Posting yang dimuat naik oleh Turtle Conservation Society of Malaysia di Twitter.

"Guys, silalah, jangan beli dan makan telur penyu. Banyak lagi yang boleh dimakan.

"Beri peluang kepada telur penyu kita untuk menetas, anak-anak penyu membesar dan balik bertelur nanti.

"Jom kita kembalikan simbolisme penyu kepada Terengganu dan Malaysia!" tulis laman tersebut sambil membuat pautan kepada Jabatan Perikanan Malaysia dan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism Terengganu).

Posting tersebut sehingga kini meraih 1,100 shares selain turut dipenuhi dengan komen-komen netizen yang mengecam tindakan rangkaian jualan online itu yang langsung tidak sensitif, di kala haiwan reptilia itu sedang diancam kepupusan.

Tangkap layar (screenshot) iklan penjualan telur penyu di platform Shopee.

"Dah tak cukup telur ayam agaknya dalam dunia sampai nk jual telur penyu?" tulis seorang netizen.

"Telur penyu ni seperti sirip yu di Terengganu," tulis seorang lagi netizen.

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian aktres terkenal, Maya Karin yang aktif memperjuangkan pemuliharaan dan kesedaran alam sekitar.

Aktress Maya Karin turut bersuara mengenai penjualan telur penyu secara terbuka menerusi platform Shopee.

"Jika ini benar Shopee maka ini adalah tragedi dan sama ada anda sama sekali tidak tahu atau tidak mempunyai moral. #boycott," tulisnya dalam satu ciapan.

Selain melontarkan kecaman ke atas tindakan penjualan telur penyu secara terbuka itu, netizen juga melancarkan 'serangan' terhadap laman rangkaian jualan online tersebut kerana tidak menapis senarai penjual yang menggunakan medium mereka.

"Shopee tolong saring produk penjual anda terlebih dahulu lain kali," tulis seorang pelayar.

Rata-ratanya netizen juga bertindak membuat laporan (report) di laman rangkaian jualan online tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain