suria

Tak perlu layanan istimewa, tak minta diskaun... usahawan baju muslimah terharu kawan support bisnes dalam diam - “Hikmah PKP, sales naik dua kali ganda”

Ilya terharu atas sokongan diberikan rakan-rakan selama ini.

ANTARA dilema dihadapi golongan peniaga tentunya sewaktu melakukan urusan jual beli bersama sahabat dan kaum keluarga.

Bukan mahu berkira, namun kadang-kala banyak aspek yang perlu difikirkan demi mengelakkan berlakunya kerugian.

Biasanya ada segelintir individu akan meminta diskaun dan sebagainya atas dasar mengenali rapat peniaga itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan tak sokong orang kita, tapi dedah usahawan tudung "tukang jahit Bangla bagus, lebih kemas"

ARTIKEL BERKAITAN: “Orang fikir kami tak buka kedai” - Ada 3 kedai nasi kukus, lama berniaga di bazar... anak selami perasaan ibu bapa Ramadan kali ini

Namun, lain pula ceritanya melibatkan usahawan fesyen muslimah ini yang terharu apabila rakannya membeli produk yang dijual secara senyap-senyap.

Menurut Nuriylia Malek, 28, dia bersyukur apabila ada rakan-rakan yang menyokong perniagaannya dalam diam tanpa mengharapkan sebarang layanan istimewa.

"Masa tengah proses, saya tengok satu nama dalam sistem, macam kenal. Rupa-rupanya kawan sekolah menengah saya.

Ilya berkongsi kisah itu di Twitter sehingga ia menjadi tular.

"Kami last contact pun tahun lepas. Selepas saya mesej tanya, dia akui ada beli baju saya. Dia beli direct dengan HQ tanpa minta diskaun.

"Terharu sebab dia tak maklumkan pada saya. Dia support dalam diam. Bila orang tak minta, kita pun rasa makin nak bagi lagi," ujarnya yang mesra disapa Ilya kepada mStar.

Namun katanya, tiada salahnya juga rakan-rakan yang membeli secara langsung dengan peniaga yang dikenali mereka kerana ia dapat mengeratkan hubungan sesama kawan.

Kita ada staf untuk dibayar. Jadi pelanggan kena faham. Tapi kalau kita bagi percuma kos penghantaran dan sebagainya, anggap sahaja ia rezeki untuk mereka.

NURIYLIA MALIK

USAHAWAN

Malah kata Ilya, dia bersyukur apabila orang sekeliling banyak membantu perniagaanya sehingga ke hari ini.

"Sebelum ni pun ada kawan yang beli senyap-senyap produk saya. Tahu-tahu tengok dia post gambar pakai baju tu.

"Kalau kita ada kawan minta diskaun, boleh bagi setakat kita mampu. Tapi kena educate mereka juga, supaya mereka faham situasi dihadapi peniaga.

Posting yang dikongsi di Twitter.

"Kita ada staf untuk dibayar. Jadi pelanggan kena faham. Tapi kalau kita bagi percuma kos penghantaran dan sebagainya, anggap sahaja ia rezeki untuk mereka," ujarnya.

Dalam pada itu, butik milik Ilya di Alor Setar, Kedah yang ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu mula dibuka semula pada Isnin.

Namun kata Ilya, 80 peratus operasi perniagaan dilakukan secara atas talian dan dia menganggap PKP yang dikuatkuasakan sebagai satu hikmah apabila jumlah jualan meningkat berbanding tahun lalu.

Ilya memiliki sebuah butik di Alor Setar, Kedah.

"Sebenarnya bila PKP makin ramai orang membeli. Bukan saya je, kawan-kawan pun cakap benda sama. Mula-mula kita takut juga, tapi ada hikmahnya, sales dua kali ganda.

"Memang orang takut nak raya. Mungkin tak boleh raya macam biasa. Tapi kita tetap kena raikan walaupun bersama keluarga di rumah.

Ilya menganggap PKP sebagai satu hikmah buat perniagaannya.

"Ia hari kita menyambut kemenangan dan menjadi sunah untuk kita memakai baju baharu," ujarnya.

Kisah mengenai Ilya dan rakannya itu dimuat naik di Twitter sebelum ia menjadi tular setelah dikongsi semula oleh seorang lagi individu dan menerima lebih 10,000 ulang kicau (Retweet).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my
Nuriylia Malek, peniaga, sokongan, PKP

Artikel Berkaitan

Artikel Lain