suria

Bukan sekadar edit ikut trend, pelajar Unimas akui ada maksud di sebalik foto dirinya terapung dikelilingi burung

Foto kiri, Syed gemar dengan aktiviti fotografi, foto kanan foto versi suntingan menunjukkan Syed dikelilingi burung berterbangan.

MEMPUNYAI banyak masa terluang berikutan sekatan yang dikenakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang pemuda menunjukkan bakat menyunting gambar.

Beberapa foto memaparkan dirinya sendiri mempunyai dua versi, di mana suntingan dibuat bagi menonjolkkan sisi yang berlainan daripada gambar realiti.

Menerusi perkongsian kompilasi foto dalam video-video di aplikasi TikTok, ruangan komen dihujani dengan pujian netizen yang kagum dengan hasil kerjanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya suka 'main-main gambar', tapi hasil fotografi setanding jurugambar UK! Jurutera bongkar identiti di sebalik nama 'Terengganu Celup'

ARTIKEL BERKAITAN: Foto 'Mowgli Malaysia' menang lagi! Jurugambar buat pengakuan ikhlas cemburu dengan Syukur Khamis - "Dia bukan berlakon, memang ikhlas"

Putera Syed Alfiqrey Mahad berkata, dia melakukan suntingan mengikut trend di laman sosial yang memaparkan perbandingan antara dua foto iaitu versi realiti dan suntingan.

Pelajar berusia 23 tahun itu memberitahu, ia berkonsepkan seni kontemporari dalam fotografi mengenai ekspresi diri sendiri yang menjadikan dirinya sebagai model.

"Saya sukakan fotografi yang menonjolkan ekspresi diri, dan perkongsian yang saya buat itu mengikut trend terkini iaitu foto Instagram vs reality.

"Setiap foto yang disunting menyampaikan mesej yang tersirat dan berbeza daripada realiti, berdasarkan ekspresi diri saya sendiri," katanya kepada mStar.

edit foto rindu travel 2

Foto asal dirakamkan di luar Masjid Darul Hana.

Lebih mesra disapa Syed, katanya, foto versi suntingannya turut mempunyai mesej tertentu bersuaian dengan keadaan semasa ekoran pandemik Covid-19.

"Gambar edit yang paling saya suka adalah foto yang menunjukkan diri saya kelihatan seperti bebas terbang di langit bersama sekumpulan burung.

"Foto itu menunjukkan ekspresi diri saya yang mahukan keadaan kembali seperti sedia kala sebelum pandemik Covid-19 di mana semua orang bebas untuk travel ke sana sini dengan tenang," ujarnya yang berasal dari Kundasang, Sabah.

edit foto rindu travel 4

Antara gambar asal dan foto yang telah disunting.

Mengulas lanjut mengenai foto terapung di udara atau ‘terbang bebas’ itu, Syed berkata, foto asal itu menunjukkan dirinya bergambar di luar Masjid Darul Hana di Kuching.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Editing foto ini mengambil masa kira-kira sejam kerana banyak perincian yang perlu diteliti, melibatkan empat imej yang diedit bersama gambar asal," tambahnya.

edit foto rindu travel 5

Kebanyakan foto suntingan Syed menggunakan konsep ekspresi diri.

Bergelar pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni Halus (Fotografi) di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), maka tidak hairanlah karya seninya dikagumi dan mendapat perhatian ramai.

"Sebelum pandemik, saya memang suka travel dalam negara. Dan saya sering mengabadikan kenangan dengan merakamkan foto sepanjang percutian.

Foto itu menunjukkan ekspresi diri saya yang mahukan keadaan kembali seperti sedia kala sebelum pandemik Covid-19 di mana orang bebas untuk travel ke sana sini dengan tenang.

SYED

"Lokasi percutian yang paling saya suka adalah di pulau-pulau kerana saya menyukai aktiviti scuba diving," katanya sambil menambah pulau terakhir yang dikunjunginya adalah Pulau Mabul dekat Semporna, Sabah pada 2019.

Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, dia sebenarnya merancang untuk berkunjung ke Semenanjung bagi meneruskan percutian di pulau seperti Langkawi.

edit foto rindu travel 3

Syed melakukan aktiviti 'scuba diving'.

"Saya belum pernah ke Langkawi dan teringin ke sana. Sepatutnya dalam perancangan nak pergi tahun lepas tapi terpaksa dibatalkan disebabkan pandemik Covid-19.

"Saya berharap wabak ini segera berakhir bagi membolehkan kehidupan kita semua kembali seperti biasa termasuk travel dan saya pasti mahu ke Langkawi!" kata Syed.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain