suria

Kepala Fadzil Zahari nak dipijak gara-gara Caprice dan Ebit Lew - “Bagi nombor telefon dia tak hallo pun”

Fadzil menyunting gambar seolah-olah dia sedang berjalan di hadapan Caprice dan Ebit Lew.

BUKAN mahu berlagak samseng, sebaliknya pelakon Fadzil Zahari berharap individu yang mengugut untuk memijak kepalanya tampil bersemuka bagi menyelesaikan masalah antara mereka.

Pelawaan suami kepada aktres Yana Samsudin kepada seorang netizen dibuat selepas individu berkenaan menuduhnya cuba menyindir penyanyi rap Caprice dan personaliti dakwah Ebit Lew.

"Bukan nak gaduh, nak tanya dia tak puas hati tentang isu apa. Jika saya tulis yang negatif, boleh la dia nak bantai saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice minta maaf, mahu kembali ke Malaysia - “Silap saya terlalu emosi tentang perjuangan”

"Tapi sebenarnya saya biasa dengan situasi begini, kadang-kadang yang asyik komen begitu dia hanya langsi di sosial media saja, saya bagi nombor telefon dia tak hallo pun," katanya ketika dihubungi mStar.

Baru-baru ini Fadzil berkongsi foto hasil suntingannya yang menggambarkan seolah-olah dia sedang berjalan di hadapan Caprice dan Ebit yang kelihatan sedang berbual.

KONGSI
Perkongsian Fadzil di Instagram miliknya.

"Serius tak perasan masa tu, kalau tak... abang cuba bantu apa yang patut," tulis Fadzil mengiringi posting berkenaan.

Tidak senang dengan tindakan Fadzil, seorang pengguna Instagram menegurnya di ruangan komen.

"Nak perli pula, pijak kepala kau baru tau," tulis netizen berkenaan.

Sebab tu suruh dia call beritahu tak puas hati apa. Kalau betul salah saya, saya akan minta maaf

FADZIL ZAHARI

PELAKON/PENGARAH

Susulan itu Fadzil membalas komen berkenaan dengan meninggalkan nombor telefonnya kepada individu tersebut yang dipercayai seorang lelaki.

Ditanya sama ada dia dihubungi individu berkenaan, Fadzil bagaimanapun berkata dia menunggu dengan hampa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sebab tu suruh dia call beritahu tak puas hati apa. Kalau betul salah saya, saya akan minta maaf.

"Hakikatnya saya memang selalu edit gambar di media sosial saya, dah kita ni terperuk saja kat rumah mana ada gambar baru.

FADZIL
Fadzil sering membuat suntingan gambar yang menarik perhatian netizen.

"Hanya mampu guna gambar sedia ada dan edit sikit. Kalau saya edit ala-ala gi melancong tak trigger netizen pun kerana mereka dah tahu saya kaki edit," katanya.

Bagi pengikut Instagram Fadzil pastinya menyedari tentang bakat suntingan gambar yang dimilikinya.

Untuk rekod Fadzil juga pernah menyunting beberapa foto lain mengikut isu semasa termasuk aksi berendam di dalam tong air yang dikaitkan dengan pelakon Nonny Nadirah sekitar awal April lalu.

Mengulas mengenai isu yang berlaku antara Caprice dan Ebit, Fadzil berkata dia menghormati tindakan rakan selebriti ity kerana berani tampil untuk memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan.

"Saya respect Caprice sebab dia dah sedar buat salah dan mengaku salah serta minta maaf pada semua.

"Tak semua orang mampu buat macam ni, paling tak pun cakap IG kena hack," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain