suria

Tuah selepas masuk ‘I Can See Your Voice’, peminat borong nasi berlauk di gerai ibu - “Mereka ajak selfie, siap tolong promote”

PESERTA program I Can See Your Voice Malaysia yang juga penyanyi baharu, Heedan Mohd meluahkan rasa syukur kerana dipilih sebagai pemenang untuk berduet bersama Alif Satar dalam rancangan itu pada Ahad lalu.

Kata Heedan atau nama sebenar Nik Syahidan Nik Mohd, 21, selepas rancangan itu ditayangkan, dia menerima maklum balas positif daripada peminat.

“Banyak komen positif selepas program itu sampai tak tidur malam baca komen... pengikut pun bertambah di Instagram. Alhamdulillah!

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu dah ‘meletup’ tapi Iman Troye takut masuk AJL - “Saya rasa tak bersedia lagi, masih muda untuk semua ini”

“Ramai cakap muka saya sama macam Usop Mentor... sejujurnya sebelum ini saya pernah DM dia, Usop pun mengakui benda yang sama. Tapi suara kami lain, dia lebih rock, saya pula lebih nyanyian kepada nasyid.

“Mengenai Iman Troye... kami dulu pernah satu geng, saya kenal dia masa umur 16 tahun... tak ada la bercinta, hanya kawan-kawan sahaja.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Memandangkan sekarang ni sedang PKP, jadi saya bantu mak meniaga nasi berlauk. Selepas program itu ditayangkan, ada pelanggan yang tegur dan minta selfie,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi