suria

Insurans tak ada, bil hospital mahal... Isteri Ezad Lazim korek tabung bayar pembedahan - “Sakit time Covid-19 ni kena ada duit”

SELESAI menjalani pembedahan akibat masalah gastrik kronik atau Gerd pada Khamis lalu, penyanyi Ezad Lazim kini masih lagi berehat di rumah sehingga sembuh sepenuhnya.

Menurut isterinya iaitu Zeana Ramli, penyanyi lagu Demi Cinta ini berada dalam keadaan baik, namun emosinya sedikit terganggu kebelakangan ini.

“Dia kalau sakit, dia diam je tak banyak cakap... dia kena ada sokongan, dulu mak dia paling banyak beri sokongan tapi sekarang dah tak ada.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua hari muntah-muntah, penyakit lama Ezad Lazim datang balik... jalani pembedahan Gerd pagi Khamis

“Sekarang di rumah dia hanya berehat, banyak tidur sajalah. Adik beradik dan kawan-kawan pun tak boleh datang, jadi semangat dia pun down.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Ezad jenis orang yang kalau sakit tak mahu orang tahu, kawan-kawan ada nak video call untuk melihat keadaan terkini tapi dia tak nak, belum bersedia kerana belum sihat.

“Bulan ni macam-macam ujian... sekarang ni sakit time Covid-19 kena ada duit. Untuk pembedahan abang Ezad nak dekat RM27,000, jadi saya minta rayuan dekat doktor pakar dan mereka faham dapatlah sedikit pengurangan," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi