suria

[VIDEO] Lan Solo, Syura Badron tak mohon maaf... Siti Nordiana nekad saman demi bersihkan nama

SUSULAN tiada permohonan maaf secara terbuka seperti yang dituntut, penyanyi Siti Nordiana terpaksa meneruskan tindakan saman terhadap Lan Solo, Syura Badron dan tiga individu lain yang melemparkan tuduhan terhadapnya.

Langkah berkenaan diambil selepas kelima-lima mereka termasuk isteri Lan iaitu Sheila Hashim, jurusolek Aida G dan Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin gagal membuat permohnan maaf dalam tempoh 24 jam seperti yang diberikan sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima hari berdiam diri... akhirnya Lan Solo, Syura minta nasihat peguam selesaikan isu dengan Siti Nordiana

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana memberitahu pihaknya akan memfailkan tuntutan saman terhadap mereka berlima selewat-lewarnya 2 Ogos depan.

Nana 1

Siti Nordiana akan memfailkan tuntutan saman terhadap lima individu terlibat.

"Memandangkan tiada permohonan maaf setelah tamatnya tempoh 24 jam, Nana mengarahkan peguam untuk meneruskan dengan tindakan saman terhadap kelima-lima individu tersebut.

"Saman itu akan difailkan selewat-lewatnya pada Isnin depan. Nana telah melantik firma guaman bagi tindakan undang-undang," katanya menerusi kenyataan rasmi kepada mStar.

Pada Jumaat lalu, Siti Nordiana membuat laporan polis terhadap lima individu iaitu Lan Solo, Sheila Hashim, Syura Badron, Aida G dan Sam Samin kerana didakwa memfitnahnya di media sosial.

Nana telah melantik firma guaman bagi tindakan undang-undang.

SITI NORDIANA

PENYANYI

Siti Nordiana turut menuntut mereka berlima tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam selepas menerima notis pada Isnin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menerusi laporan mStar pada Isnin, Lan dan empat yang lain turut mendapatkan nasihat peguam selepas menerima notis tuntutan daripada Siti Nordiana.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Angkara ini mengakui dia terpaksa meneruskan tindakan undang-undang itu kerana ingin membersihkan nama serta imejnya yang sudah tercalar.

Nana 2

Siti Nordiana mahu membersihkan nama dan imejnya yang sudah tercalar.

"Nana terpaksa mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama dan imej Nana yang dicalarkan oleh kenyataan sedemikian sama ada secara langsung atau tidak langsung akibat daripada siaran IG Live tersebut," ujarnya.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.

Menerusi sesi tersebut Sheila dan Lan mengakui terkilan dengan Siti Nordiana serta pengurusnya Anas kerana sering mengungkit perihal soal bayaran makanan.

Sementara itu, Syura pula mendakwa dia dimalukan oleh Siti Nordiana dan pengurusnya, Anas sehingga menyebabkan ada pihak produksi enggan memberikan tawaran kerja kepadanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Moyes dedah sebab tidak sambar Lingard