suria

“Itu pendapat dan hak Lana bersuara sebagai rakyat… fokus juga jelas” - Rita Rudaini

Rita Rudaini harap netizen jangan kecam Lana Nodin.

LANA Nodin tidak keseorangan dalam tindakannya menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk meletakkan jawatan gara-gara kes jangkitan Covid-19 di negara ini yang terus membimbangkan.

Kelantangan Lana mendapat sokongan aktres Rita Rudaini, 45, kerana menurutnya pelakon itu mempunyai hak untuk menyatakan pendapat seperti rakyat Malaysia yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Lana Nodin ‘cari penyakit’ tuduh Dr Noor Hisham berlakon buat muka sedih... dikecam netizen sampai suruh balik negara suami

"Saya berkongsi kenyataan Lana Nordin seperti yang disiarkan oleh beberapa portal kerana beranggapan ia hak peribadi saya.

"Saya tidak melihat sebarang kesalahan berdasarkan apa yang dikongsikan Lana di Instastory dia. Bagi saya, itu adalah pendapat dan hak bersuara Lana sebagai rakyat Malaysia.

"Malah ada berjuta lagi pendapat yang sama daripada rakyat Malaysia. Cuma disebabkan kenyataan itu daripada Lana yang juga selebriti, jadi ia sengaja diperbesarkan oleh netizen," katanya kepada mStar.

rita1

Rita Rudaini sokong pendapat Lana Nodin.

Terdahulu, Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 41, memuat naik rantaian pendapat di Instastory yang antara lain menyifatkan tindakan Dr Noor Hisham hanyalah lakonan semata-mata bagi memperdaya rakyat Malaysia.

Dia juga tidak berpuas hati dan menganggap penjawat awam itu berselindung di sebalik wajah yang pura-pura sedih dan penat.

Tambah Rita, pendapat yang diutarakan Lana adalah berdasarkan pemerhatian aktres itu sepanjang dua tahun pandemik Covid-19 melanda negara.

Saya tidak melihat sebarang kesalahan berdasarkan apa yang dikongsikan Lana di Instastory dia.

RITA RUDAINI

PELAKON

"Malah isi dan fokus yang disebutkan Lana juga jelas. Tidak sama sekali menjurus kepada sebarang bentuk salah laku, hasutan dan sebagainya.

"Saya menyokong tindakan Lana kerana dia antara selebriti yang berani bersuara... dia bersuara bukan untuk menghentam semata-mata, tapi ingin menyampaikan realiti sebenar apa yang terjadi dengan fakta yang jelas.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Rasanya ada banyak lagi perkongsian yang lebih dahsyat dibuat orang ramai," ujarnya lagi.

lana 1

Perkongsian Lana di Instastory.

Sebagai rakan artis, Rita turut meluahkan perasaan kesalnya terhadap netizen yang turut mengaitkan pendapat Lana itu dengan kehidupan peribadi pelakon tersebut.

"Lebih malang apabila pendapat kami diputar belit selain dilemparkan dengan kata-kata kesat. Itu belum lagi netizen yang sikapnya gemar membabitkan hal peribadi yang tidak ada kaitan dari topik asal dibincangkan.

"Dari dulu lagi saya jenis lantang untuk apa saja perkara yang dirasakan tidak betul atau tidak kena... baik dalam kerjaya atau perkara di sekeliling.

"Kalau warna ada putih dan hitam, begitu juga kehidupan yang tidak semua sama. Sepatutnya, apa yang diperlukan adalah saling meraikan pendapat... bukan hentam membabi buta seolah-olah tiada iman dalam diri," kata Rita lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain