suria

Lima hari berdiam diri... akhirnya Lan Solo, Syura minta nasihat peguam selesaikan isu dengan Siti Nordiana

Siti Nordiana menuntut Lan Solo dan Syura serta tiga individu lain tampil buat permohonan maaf terhadapnya.

SELEPAS lima hari kontroversi dakwaan memfitnah Siti Nordiana di Instagram live, akhirnya Lan Solo, Syura dan tiga lagi individu lain tampil memberi respons terhadap isu berkenaan.

Menerusi kenyataan bersama kepada mStar, Lan dan empat yang lain turut mendapatkan nasihat peguam selepas menerima notis tuntutan daripada Siti Nordiana pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Siti Nordiana enggan diam diri, lapor polis difitnah Lan Solo dan Syura Badron - “Dah tak boleh sabar, lama dah dengar ura-ura ini”

"Kami ambil maklum tentang tindakan notis tuntutan yang diambil oleh pihak Siti Nordiana terhadap kami. Kami juga menyerahkan perkara ini kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.

"Apa-apa tindakan atau respons yang bakal menyusul akan kami maklumkan berdasarkan nasihat peguam," kata mereka kepada mStar.

ig live

Sesi Instagram live Lan Solo dan Syura.

Pada Jumaat lalu, penyanyi Siti Nordiana membuat laporan polis terhadap lima individu iaitu Lan Solo dan isteri Sheila Hashim; penyanyi, Syura Badron; jurusolek, Aida G dan Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin kerana didakwa memfitnahnya di media sosial.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Siti Nordiana turut menuntut mereka berlima tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam selepas menerima notis.

Kami juga menyerahkan perkara ini kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.

LAN SOLO

PENYANYI

Kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.

Menerusi sesi tersebut Sheila dan Lan mengakui terkilan dengan Siti Nordiana serta pengurusnya Anas kerana sering mengungkit perihal soal bayaran makanan.

Sementara itu, Syura pula mendakwa dia dimalukan oleh Siti Nordiana dan pengurusnya, Anas sehingga menyebabkan ada pihak produksi enggan memberikan tawaran kerja kepadanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain