suria

[VIDEO] Siti Nordiana enggan diam diri, lapor polis difitnah Lan Solo dan Syura Badron - “Dah tak boleh sabar, lama dah dengar ura-ura ini”

KONFLIK antara penyanyi Lan Solo dan Syura dengan Siti Nordiana nampaknya membuka episod baharu apabila penyanyi lagu Angkara itu membuat laporan polis pada pagi Jumaat.

Siti Nordiana, 37, menamakan lima individu kerana didakwa memfitnah selepas mengaitkan namanya menerusi Instagram live baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama kena petik dituduh ada konflik dengan Lan Solo dan Syura Badron... Siti Nordiana minta nasihat peguam

Selain Lan Solo dan Syura, Siti Nordiana turut menuntut isteri Lan Solo iaitu Sheila Hashim serta dua individu lain iaitu jurusolek Aida G dan Pengurus Perhubungan Awam (PR) FMC Music, Sam Samin tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam.

lan

Siti Nordiana kesal dakwaan yang dibuat oleh rakan-rakannya.

"Satu notis permohonan maaf akan dihantar kepada lima individu terbabit dan anak guam kami menuntut mereka membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam selepas ia dihantar pada hari Isnin ini (26 Julai).

"Menerusi sesi Instagram Live yang diadakan mereka itu jelas kenyataan berbaur fitnah dan ia memberikan satu imej kurang menyenangkan buat Siti Nordiana.

"Selepas mereka minta maaf baharu kami akan berbincang untuk tindakan selanjutnya... kalau tiada (permohonan maaf), kami akan proceed dengan saman," kata peguam mewakili Siti Nordiana, Abang Azlan Abang Ariffin kepada mStar.

Apabila mereka bawa perkara ini masuk media sosial, saya tidak boleh bersabar sebab ia boleh menjatuhkan kerjaya saya

SITI NORDIANA

PENYANYI

Terdahulu, penyanyi itu diiringi peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin dari Abang Azlan & Associates membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Cheras pada kira-kira pukul 9.42 pagi Jumaat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, Siti Nordiana berkata dia menyerahkan segala-galanya kepada pihak peguam malah tiada sebarang komunikasi antara dia dengan lima individu terbabit.

"Saya serahkan segala keputusan kepada pihak peguam, saya tidak berhubung dengan mereka kerana terkejut sangat (dengan tuduhan mereka)... jadi saya perlukan nasihat orang lebih pakar dalam hal ini.

"Saya dah lama dengar ura-ura mengenai perkara ini daripada pengurus saya, Anas. Tapi saya tidak ambil peduli sangat sebab kalau mereka nak bercakap fasal saya, saya masih boleh tutup mata.

"Tapi apabila mereka bawa perkara ini masuk media sosial, saya tidak boleh bersabar sebab ia boleh menjatuhkan kerjaya saya," katanya.

Dakwaan yang dilemparkan Syura dan Lan Solo telah menjejaskan imej Siti Nordiana.

Syura dan Lan Solo dedah konflik dengan Siti Nordiana.

Pada malam Selasa lalu, penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku di antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live.

Dalam sesi tersebut, isteri Lan, Sheila berkata dia terkilan dengan Siti Nordiana kerana suaminya dikatakan menumpang populariti penyanyi tersebut sehingga sesetengah pihak produksi enggan memberikan tawaran kerja kepada mereka.

Sementara itu, Syura pula mendakwa ada pihak produksi enggan memberikan tawaran kerja kepadanya angkara bawaan mulut rakan baiknya iaitu Siti Nordiana.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain