suria

Nasib Riena Diana masih samar-samar di Hot FM, cuba korek rahsia tapi gagal - “Tak tahu bos nak campak ke slot mana”

SEJAK slot Geng Pagi Hot (GPH) di Hot FM dibubarkan, pelakon Riena Diana terpaksa menyesuaikan diri di beberapa segmen lain di stesen berkenaan.

Menurut Riena atau Nur Qamarina Diana Zureal, 24, dia juga mula mempelajari sistem panel di konti bagi menambah kemahiran sebagai seorang penyampai radio.

“Dulu saya tak kisah pun, datang on air dan balik. Tapi kini saya kena belajar untuk persediaan andai apa-apa terjadi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Buat masa ini saya pun tak tahu akan dicampak ke slot mana kerana masih berlaku agihan tugas secara rotation,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini Riena bersiaran di slot pagi bersama Fizie dan Mark Adam sebelum kedua-dua rakan penyampai itu ditamatkan kontrak pada 19 Julai lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Riena Diana, Hot FM
Semua
Hiburan
Berita
Variasi