suria

Dulu influencer sekarang jadi penyampai radio, Imran Aqil teruja dapat ‘on air’ di Hot FM - “Mak pun tanya... boleh ke?”

PERSONALITI media sosial yang juga pelakon Imran Aqil teruja apabila diberi peluang menjadi penyampai radio Hot FM.

Menurut Imran atau lebih dikenali sebagai Ijeebster, dia menerima tawaran itu sebagai cabaran untuk mengembangkan lagi karier seninya.

“Saya mulanya kurang berkeyakinan nak jadi penyampai radio ni... emak saya pun tanya kau boleh ke adik? Tapi saya fikir positif dan yakinkan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Riena Diana lega! Rezeki masih panjang di Hot FM - “Terfikir juga kenapa mereka perlu kekalkan saya?”

“Saya cuba sahajalah... kalau ada rezeki dapatlah! Saya cuba all out dan buat sehabis baik.

“Alhamdulillah! Saya terima banyak komen positif daripada peminat dan pendengar. Bagaimanapun saya akui kena belajar lebih lagi dalam bidang ini,” katanya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Adik kepada pelakon Nabil Aqil ini akan mengendalikan segmen Hotflix setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 8 malam hingga 12 pagi.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi