suria

Riena Diana lega! Rezeki masih panjang di Hot FM - “Terfikir juga kenapa mereka perlu kekalkan saya?”

Riena Diana kekal bersama Hot FM di Sembang Petang

PENGALAMAN singkat selama kira-kira lima bulan sebagai penyampai radio dilihat sebagai salah satu alasan kukuh untuk menggugurkan nama pelakon Riena Diana daripada Hot FM.

Bagaimanapun Riena atau Nur Qamarina Diana Zureal, 24, kini boleh menarik nafas lega apabila rezeki untuk meneruskan karier di stesen berkenaan masih berpihak kepadanya.

"Sebelum mereka umumkan tu saya macam gelabah juga, tak tahu pergi mana dan mungkin kontrak saya akan dibatalkan.

ARTIKEL BARKAITAN: Nasib Riena Diana masih samar-samar di Hot FM, cuba korek rahsia tapi gagal - “Tak tahu bos nak campak ke slot mana”

"Ya Allah saya ni dah baru dan pengalaman pun tak ada. Terfikir juga kenapa mereka perlu kekalkan saya?

"Tapi Alhamdulillah akhirnya mereka nak terus kekalkan saya," katanya kepada mStar.

in2

Riena bersyukur kontrak masih diteruskan.

Sejak awal Julai pengurusan radio Media Prima Berhad melakukan rombakan besar-besaran termasuk proses menamatkan kontrak beberapa penyampai sedia ada.

Antara yang terpaksa meninggalkan Hot FM ialah rakan trio Riena di slot Geng Pagi Hot (GPH) iaitu Fizie dan Mark Adam.

Saya dah mula kena fikir tentang jadual kerja apabila dah kembali berlakon nanti

RIENA DIANA

PELAKON

Selain itu Deen yang merupakan salah seorang pengendali segmen petang, Jam Hot turut meninggalkan stesen tersebut.

Mengulas lanjut tentang kontrak di Hot FM, Riena berkata dia kini ditugaskan di segmen Sembang Petang bersama Haziq Hussni.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambah Riena, susulan pengumuman senarai baharu barisan penyampai di Hot FM, dia juga boleh mula menyusun jadual kerjanya sebagai pelakon.

in1

Sebelum ini Riena digandingkan bersama Fizie dan Mark Adam dalam Geng Pagi Hot (GPH).

"Selepas dah pindah segmen petang, saya dah mula kena fikir tentang jadual kerja apabila dah kembali berlakon nanti.

"Saya kena berbincang semula dengan pihak produksi... sebab sebelum ni dah pernah bincang," ujarnya.

Untuk rekod, Riena memulakan kerjayanya sebagai penyampai radio Hot FM pada awal Februari lalu sehingga kini.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain