suria

Ibu Amy Search meninggal dunia akibat sakit tua

Amy kongsi foto kenangan bersama arwah ibunya.

KHABAR duka menyelubungi keluarga penyanyi rock terkenal Amy Search apabila ibunya, Fatimah Idris disahkan meninggal dunia pada usia 88 tahun akibat sakit tua.

Menurut Amy atau Suhaimi Abdul Rahman, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6 petang Ahad.

“Arwah menghembuskan nafas terakhir di rumah anak saudara di Sunway Rimba Hills Kota Damansara, Petaling Jaya dan disahkan Penolong Kanan Hospital Sungai Buloh pada pukul 10.45 malam.

Amy 1

Amy berkongsi berita sedih itu di Instagram.

“InsyaAllah arwah mak akan dimandikan pada pukul 8 pagi di Masjid Kota Damansara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara.,” katanya menerusi Instagram pada awal pagi Isnin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu anak Amy iaitu Nabila Huda turut berkongsi berita sedih berkenaan di Instastory.

“Abil baru sahaja kehilangan seorang lagi nenek,” tulisnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain