suria

Dua tahun terperam, Cici akhirnya lancar single pertama Ku Takkan Mengalah... pasang impian melangkah ke AJL

Cici menggemari muzik bergenre Balada dan Pop Rock.

SELEPAS hampir dua tahun terperam, akhirnya lagu Ku Takkan Mengalah nyanyian Naib Juara Ceria MegaStar MiniStar Astro 2019, Cici berjaya dilancarkan kepada umum.

Cici atau nama sebenarnya, Feli Stacy Paimin, 15, berkata, pelbagai cabaran dilalui dalam proses untuk melancarkan single pertamanya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Muncul dengan single keempat... Khodi tak putus asa cipta nama sebagai penyanyi - “Saya kayuh perlahan-lahan dalam industri”

"Lagu ini sebenarnya sudah siap sejak dua tahun lalu dan ia merupakan hasil karya komposer Shaifullhan.

"Selepas dua tahun, akhirnya ia sudah dapat diperdengarkan kepada peminat di luar sana.

cici1

Cici akan terus berjuang menempatkan diri dalam bidang seni suara.

"Ku Takkan Mengalah mengisahkan erti sebuah perjuangan yang mana ia turut melambangkan perjalanan seni saya selama ini... berbagai onak dan duri yang perlu dilepasi sebelum kita berjaya mencapai kejayaan," katanya kepada mStar.

Penyanyi kelahiran Kundasang, Sabah ini juga berharap lagu Ku Takkan Mengalah berpeluang untuk menempatkan diri di anugerah muzik berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL) sekiranya diberikan peluang.

Selepas dua tahun, akhirnya ia sudah dapat diperdengarkan kepada peminat di luar sana.

CICI

PENYANYI

"Saya berharap lagu ini dapat menjejakkan kaki ke pentas AJL kerana saya percaya lagu ini ada kekuatannya tersendiri daripada segi melodi dan liriknya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Lagu ini juga sangat sentimental bagi saya sebab judul lagu ini bersesuaian dengan usia saya yang masih muda agar terus mengorak langkah dan tidak mudah menyerah kalah dalam terus berjuang untuk menempatkan diri dalam bidang seni yang amat saya minati," ujarnya.

Ku Takkan Mengalah yang diedarkan oleh Luncai Emas kini boleh didapati di semua platform penstriman muzik seperti Spotify, Joox dan Apple Music.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain