suria

Muncul dengan single keempat... Khodi tak putus asa cipta nama sebagai penyanyi - “Saya kayuh perlahan-lahan dalam industri”

Khodi tak akan putus asa cipta nama.

SUDAH muncul dengan empat single, namun nama penyanyi Khodi dilihat masih belum dikenali peminat muzik tempatan berbanding penyanyi lain yang seangkatan dengannya.

Tidak mudah berputus asa, Khodi atau nama sebenarnya, Seri Khodijah Kamarul Bahrin, 20, tetap percaya pada ketentuan rezeki yang diaturkan oleh Allah SWT.

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu belajar menari, Khodi (LCK2) tampil unik dalam MV 'Lenggang' - “Sesiapa dengar pasti nak menari”

"Saya mula menyanyi sejak umur 12 tahun lagi dan niat saya sehingga sekarang tidak pernah berubah iaitu untuk terus berkarya dan belajar memperbaiki diri sebagai seorang penyanyi.

"Saya percaya rezeki ada di mana-mana, InsyaAllah perlahan-lahan saya kayuh dalam industri muzik untuk tunjukkan potensi sebenar saya.

"Sokongan dan berkat doa keluarga memang menjadi semangat untuk saya terus keluar dari zon selesa untuk memberikan yang terbaik dalam kerjaya seni saya," katanya kepada mStar.

Khodi percaya rezekinya tetap ada biarpun lambat popular.

Terbaharu, Khodi muncul dengan single Emosi yang menampilkan nyanyian bersama penyanyi rap, Benzooloo yang mana memaparkan sisi berbeza Khodi berbanding tiga lagu nyanyiannya sebelum ini.

"Lagu Emosi memperlihatkan sisi berbeza saya, harapnya penyampaian saya juga berjaya serta mampu menyentuh hati pendengar kelak.

"Walaupun saya dan Benzooloo datang dari genre berbeza namun saya berharap lagu ini dapat mencipta magisnya tersendiri sebab Emosi menggambarkan realiti zaman sekarang yang tewas dengan nafsu mengejar kekayaan.

Lagu Emosi ini memperlihatkan sisi berbeza saya, harapnya penyampaian saya juga berjaya serta mampu menyentuh hati pendengar kelak.

KHODI

PENYANYI

"Proses rakamannya mencabar kerana genre ini terlalu baharu buat saya dan saya paling berusaha untuk menyampaikan emosi sebaiknya dalam lagu ini," katanya.

Menariknya, lagu Emosi juga turut dipilih sebagai lagu runut bunyi (OST) drama siri Scammer yang ditayangkan di Astro Ria.

Selain Lenggang dan Emosi, penuntut jurusan muzik dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ini juga pernah tampil dengan dua single lain berjudul Ke Mana dan Dia Bagiku.

Emosi menampilkan kerjasama di antar Khodi dan penyanyi rap, Benzooloo.

Sementara itu, Benzooloo teruja apabila pertama kali dapat bekerjasama dengan komposer Farouk Roman yang disifatkannya seorang pencipta lagu berbakat besar.

"Ini pertama kali saya hasilkan rentak sebegini dan pengalaman pertama bekerja dengan Farouk.

"Paling saya suka mengenai lagu ini adalah rentaknya serta bagaimana ia menceritakan tentang sifat manusia yang boleh berubah sekelip mata apabila melihat wang atau harta di depan mata.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sejujurnya lagu ini kami tidak sasarkan kepada golongan tertentu, ia sekadar hiburan untuk semua," katanya.

Emosi merupakan hasil ciptaan bersama Benzooloo dan Farouk Roman serta liriknya adalah nukilan oleh Aishah Retno.

Emosi yang diterbitkan Sony Music kini boleh didapati menerusi semua platform penstriman muzik digital.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Khodi, Benzooloo, Emosi, lagu duet

Artikel Lain