suria

Karl Shafek berkebun, melukis rawat kemurungan semasa ‘lockdown’ - “Saya tak boleh tengok news bunuh diri atau orang susah”

Karl Shafek elak tengok filem berunsur ganas dan seram agar tidak trigger moodnya.

PELAKON dan pengacara, Karl Shafek mempunyai cara tersendiri bagi merawat penyakit kemurungan yang dihadapinya sepanjang 'terkurung' dalam tempoh Perintah Kawalan Berkurung (PKP) 3.0.

Menurut Karl atau nama sebenarnya, Khairul Shafek Ibrahim, 41, dia menggunakan tempoh lockdown ini dengan berkebun, melukis dan bermain dengan kucing peliharan bagi mengelakkan daripada melayan fikiran negatif.

ARTIKEL BERKAITAN: Karl Shafek sakit lagi, mata kiri bernanah... nampak macam ada semut merayap - “Penat, tak payah la cari-cari aku lagi!”

"Saya disahkan ada penyakit kemurungan sejak 2019 dan sekarang masih lagi dalam tempoh pemulihan.

"Bagi saya sepanjang tempoh lockdown ini, saya ada rutin sendiri setiap hari agar tidak trigger (perasaan murung) datang.

"Hari-hari saya buat rutin seperti aktiviti berkebun, siram pokok dan main dengan 16 ekor kucing peliharaan saya. Benda-benda macam ini banyak membantu beri saya kelegaan," katanya ketika dihubungi mStar.

Karl berkongsi pengalamannya menghidap penyakit kemurungan dalam FB Live Miasa Malaysia.

Selain itu, pengacara kelahiran Pekan, Pahang ini turut berkongsi yang dia tidak akan sesekali mencabar perasaannya dengan menonton mana-mana filem berbentuk ganas, perang atau seram bagi mencegah kemurungan daripada berlaku.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Orang lain kalau time tengah lockdown ni banyak tengok tv, tapi lain pula bagi saya... kalau boleh saya elakkan tengok tv sebab banyak benda boleh trigger kalau saya tengok filem perang atau ganas, ia boleh ganggu mood saya.

Saya disahkan ada penyakit kemurungan sejak 2019 dan sekarang masih lagi dalam tempoh pemulihan.

KARL SHAFEK

PELAKON, PENGACARA

"Memang doktor pun nasihatkan saya untuk avoid benda-benda itu semua, jangan tengok benda yang boleh kacau mood kita. Kadang-kadang saya tak boleh tengok news pasal orang bunuh diri atau orang susah... bukan sebab saya tak nak ambil tahu, tapi ia adalah untuk kebaikan diri saya sendiri," katanya lagi.

Berkongsi perjalanan pemulihannya, Karl berkata sehingga kini dia masih lagi mendapatkan khidmat doktor bagi merawat penyakitnya itu.

Karl mempunyai 16 ekor kucing peliharaan.

"Saya masih lagi makan ubat dan masih lagi kena jumpa doktor dalam tempoh tigu minggu sekali.

"Doktor kata saya kemurungan disebabkan terlalu kuat bekerja dan memang saya akui itu... sejak dari 2010 saya bekerja tanpa henti.

"Sejak didiagnos dua tahun lalu, baharu saya ambik masa berehat dan kini hanya fokus pada perniagaan fesyen dan sambal," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain