suria

“Kak Sarah layan macam family” - Penyanyi Dalia Farhana imbau kenangan dengan Siti Sarah... dipeluk, dicium macam lama kenal

PENYANYI baharu Dalia Farhan menyifatkan Allahyarham Siti Sarah adalah seorang yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja walaupun tidak mengenali rapat.

Ujar Dahlia atau nama sebenar Tengku Farhana Dalia Tengku Bahar Iskandar, 23, kejutan istimewa kepadanya pada tahun 2019 oleh Siti Sarah hanya tinggal kenangan.

“Saya tersentuh sebab saya bukan siapa-siapa... saya bukan orang yang rapat dengan kak Sarah dan bukan kenalan. Saya hanya sekadar seorang yang minat kak Sarah daripada kecil.

“Pada hari kejutan daripada Kak Sarah kepada saya, dia memang buat kita rasa sangat dihargai, cara dia layan kita pun macam dah lama kenal.

“Saya sangat tersentuh apabila kak Sarah peluk, dia layan kita rapat sangat sampai cium pipi saya.” ujarnya kepada mStar.

Allahyarham Siti Sarah Raissuddin menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos lalu akibat Covid-19 selepas tiga hari ditidurkan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi