RANGKUMAN berita hiburan terhangat minggu ini antaranya mengenai pemergian mengejut penyanyi Siti Sarah.
Berita tersebut perbualan hangat netizen serta menerima liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.
Selain itu, pengunduran Mira Filzah sebagai pengacara program Nona turut menarik perhatian penonton TV3.
Program berkonsepkan keluarga dan wanita itu kini dikendalikan oleh Amyra Rosli.
Dalam pada itu, video review yang dimuat naik pelakon Raja Afiq menerima kecaman netizen kerana memaparkan wanita seksi dan berbaur lucah.
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI