suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak mahu ambil risiko, Aiman Tino tutup kedai makan selepas keluarga dijangkiti Covid-19

BIMBANG keselamatan pekerja selepas 10 ahli keluarga dijangkiti wabak Covid-19, Aiman Tino membuat keputusan menutup kedai makannya buat sementara.

Ujar Aiman, dia mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak diri dan pekerjanya daripada dijangkiti virus maut ini.

“Saya tutup kedai masa ahli keluarga kena Covid-19, saya ambil langkah berjaga-jaga sebab saya paranoid masa tu.

“Saya fikir balik daripada saya kena benda tu, takut staff saya pun kena lebih baik tutup dulu kedai,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN:10 ahli keluarga Aiman Tino positif Covid-19, kesihatan ibu merosot akibat asma - “Seksa sangat batuk ni... susah nak bernafas”

Dalam pada itu, Aiman bersyukur ahli keluarganya telah pulih sepenuhnya daripada wabak Covid-19.

“Setiap hari saya video call keluarga sehingga hari ini, Alhamdulillah keluarga saya dah recover, terutamanya emak saya dah pulih sepenuhnya.”

Pada 4 Ogos lalu, ibu Aiman iaitu Hazelina Mat Jalil memberitahu 10 ahli keluarga mereka positif Covid-19 dan menjalani kuarantin di rumah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Aiman Tino, Covid 19, Artis Meniaga,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi