suria

Lakaa Idris penyanyi OST drama Anak Sena simpan cerita lucu, menyorok dalam tandas sebab takut jadi pelakon

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Begitulah yang boleh digambarkan perjalanan penyanyi baharu Lakaa Idris yang berjaya mencapai impiannya tanpa disangka.

Menurut Lakaa, 21, dia yang meminati bidang nyanyian menyertai satu kelas lakonan di Kuantan, Pahang bersama seorang rakannya secara suka-suka.

“Masa saya masuk kelas lakonan anjuran Jaja Ishak dan Isma Yusof, semua peserta cakap nak jadi pelakon tapi saya je nak nyanyi.

“Apabila disuruh bawa watak menangis saya buat-buat sakit perut, pergi tandas duduk kat tandas dalam dua jam,” ujarnya kepada mStar.

ARTIKEL MENARIK: Tiga bulan bercinta, Ewal rancang tamat zaman bujang akhir tahun ini - “Perkahwinan pertama mestilah nak ada majlis”

Bagi penyanyi lagu Teguh Mimpi yang menjadi runut bunyi drama Anak Sena di TV3, dia tidak menyangka pihak penganjur memberi peluang itu untuknya.

“Saya cakap saya nak menyanyi, encik Jaja suruh saya menyanyi kat depan dan saya nyanyi lagu Sumpah daripada Naim Danial, Alhamdulillah saya diterima,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi