suria

Pasya Mentor 7 bukan merajuk, cuma hilangkan diri jadi busker - “Mula dengan modal RM300 saya pindah ke negeri orang”

BEKAS peserta Mentor 7 iaitu Pasya mengambil keputusan untuk meneruskan kerjaya sebagai penyanyi jalanan selepas bandar-bandar utama dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ujar Pasya atau nama sebenar Faizul Asyraf Fauzi, semasa perlaksanaan PKP di Kuala Lumpur dan Selangor dia berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain bagi meneruskan kelangsungan hidup.

“Apabila PKP saya menghilangkan diri dari Kuala Lumpur, saya berpindah ke negeri orang untuk jalankan misi busking tour... saya bermula di Pulau Perhentian dan berakhir di Perlis selama 4 bulan.

“Bermula di Pulau Perhentian, saya bermodalkan RM300. Apabila saya busking dan pendapatan terus bertambah... seterusnya saya ke Pulau Tioman.

“Saya duduk di Pulau Tioman selama sebulan dan itu adalah pengalaman paling bermakna dalam hidup saya... sebulan di tempat orang, tempat asing,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Pasya meluahkan rasa syukur kerana kehadirannya di Pulau Tioman diterima baik oleh penduduk setempat.

“Penduduk Pulau Tioman sangat baik hati, kami duduk di rumah mereka... mereka bagi makan.

“Saya kuat untuk mengharungi semua ini sebab saya fikir balik daripada mana saya datang, saya mulakan perjalanan seni saya dengan busking dan walaupun saya jadi artis, saya tak tinggal busking sebab kat situ saya bermula.

“Saya ambil pengalaman ini sebagai cabaran dan peluang untuk dekatkan diri dengan orang... itu membuatkan saya kuat,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Pasya, Mentor 7, Busking, PKP,
Semua
Hiburan
Berita
Variasi