suria

Bapa Ashraf Muslim kritikal akibat Covid-19 tahap 5, organ dalaman rosak - “Ya Allah aku belum sedia terima perkara tak diingini berlaku”

Ashraf kongsi berita duka mengenai keadaan bapanya yang dijangkiti Covid-19.

PELAKON Ashraf Muslim berkongsi berita duka memaklumkan bapanya, Muslim Bulat dimasukkan ke unit rawatan separa kritikal (IDCU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat jangkitan Covid-19.

Menurut Ashraf, 40, keadaan kesihatan bapanya dilaporkan kritikal kerana terdapat kerosakan pada organ dalaman sehingga memerlukan bantuan pernafasan.

"Assalamualaikum semua. Dah lama saya simpan, beberapa hari lepas ayah saya Haji Muslim Bulat telah dijangkiti Covid-19, kategori Covid 5B dan sekarang sedang di intubasi di wad IDCU PPUM.

ARTIKEL BERKAITAN: Ashraf Muslim kongsi ‘real story’ individu bertarung nyawa, paru-paru dan buah pinggang rosak dijangkiti virus - “Covid-19 is real guys!”

ARTIKEL BERKAITAN: Kurang ajar! Ashraf Muslim bengang iklan judi Aidilfitri ajak orang buat dosa bulan Ramadan - “Kalau korang ni Islam menjawablah dengan Allah”

"Dia sedang melalui proses yang sukar sekarang ini. Jantungnya semakin lemah. Sebahagian organ dalaman telah rosak.

"Ya Allah! Hari ni bangun tidur rasa sangat-sangatlah sayu... puas pujuk hati ni tapi gagal juga pagi ni. Memang pagi ni saya paksa diri saya untuk sampaikan berita ini," katanya.

Ashraf Covid instagram

Ashraf kongsi kesihatan bapa di Instagram.

Pelakon drama Biar Aku Jadi Penunggu ini berkongsi berita duka tersebut menerusi laman Instagram pada pagi Isnin.

Dalam pada itu, Ashraf memohon orang ramai mendoakan agar bapanya diberi kekuatan dan segera sembuh dari wabak tersebut.

Dalam hidup terlalu banyak pengorbanan yang telah aku lakukan tapi Ya Allah aku belum sedia lagi untuk terima perkara yang tak diingini!

ASHRAF MUSLIM

PELAKON

Malah, dia mengakui belum bersedia untuk menerima sebarang berita buruk membabitkan bapanya itu.

"Saya mohon sangat-sangat kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mendoakan beliau kuat dan diberi kesembuhan dengan cepat. Ya Allah bantulah ayahku.

ashraf 2

Bapa Ashraf sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital kerana masalah kesihatan.

"Dalam hidup terlalu banyak pengorbanan yang telah aku lakukan tapi Ya Allah aku belum sedia lagi untuk terima perkara yang tak diingini berlaku terhadap ayahandaku.

"Apa yang diharapkan sekarang ialah keajaiban yang berlaku terhadap ayah kembali sihat seperti biasa. Allahuakbar... Ya Allah bantulah kami semua!" ujarnya.

Untuk rekod, pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa ini pernah disahkan positif Covid-19 pada April tahun lalu selepas pulang daripada menjalani penggambaran drama bersiri di Scotland.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain