suria

[VIDEO] Siapa punya kerja? Cawangan kedai ayam goreng Nabila Razali dipecah masuk, rugi RM2,000 - “Kesian guna cara salah cari duit”

Nabila kerugian sekitar RM2,000 termasuk wang tunai berjumlah RM200.

AKIBAT terdesak, perniagaan ayam goreng yang diusahakan penyanyi Nabila Razali menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan wang dengan jalan mudah.

Menurut Nabila, 29, salah satu cawangan Ayo Fried Chicken yang terletak di Kampung Baru dipecah masuk hingga menyebabkan dia kerugian keseluruhan sekitar RM2,000 termasuk wang tunai RM200.

Perkara itu dikongsikan Nabila menerusi video yang memaparkan keadaan kedainya selepas dipecah masuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Hiburan Nabila Razali mula buat ‘duit tepi’ tambah pendapatan - “Sambil goreng ayam pun boleh menyanyi la!”

Menjelaskan perkara itu, Nabila akui dia agak terkilan dengan tindakan pelaku kerana menggunakan cara yang salah untuk mendapatkan wang.

Nabila ketika pembukaan cawangan Ayo Fried Chicken ke lima di Kampung Baru.

"Saya agak terkejut dan sedih apabila dapat tahu Ayo Fried Chicken cawangan Kampung Baru dipecah masuk.

"Saya faham keadaan sekarang ini semua orang mungkin terdesak mahu cari duit. Tapi saya kesian apabila mereka gunakan pendekatan untuk memecah masuk berbanding minta kerja secara halal.

Saya kesian apabila mereka gunakan pendekatan untuk memecah masuk berbanding minta kerja secara halal.

NABILA

PENYANYI

"Mungkin kalau mereka minta kerja, saya boleh pertimbangkan untuk serap masuk sebagai pekerja," katanya kepada mStar.

Kata penyanyi lagu Peluang Kedua itu lagi, kejadian itu sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan pekerjanya yang mahu mencari rezeki yang halal.

"Saya berniaga bukan untuk diri sendiri, tapi niat saya untuk berkongsi rezeki dengan pekerja.

"Apabila situasi ini berlaku, secara tidak langsung ia mengganggu rezeki dan kredibiliti pekerja-pekerja saya.

"Jadi saya harap benda ini tidak berlaku lagi," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain