suria

Tam (Spider) guna masa PKP untuk asah bakat, jadikan YouTube sumber pendapatan baharu

Tam gunakan platfrom YouTube untuk jana pendapatan sampingan.

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19 menjadi masa yang sukar untuk dilalui oleh kebanyakan selebriti, namun vokalis kumpulan Spider iaitu Tam bersyukur kehidupannya tidak terlalu terjejas dan masih mampu bertahan.

Malah Tam atau nama sebenarnya Rustam Mustafah melihat perkara itu secara positif dan menggunakan masa terluang untuk menyelesaikan kerja yang tertangguh.

ARTIKEL BERKAITAN: Tony Spider meninggal dunia, ditemui terbaring atas sofa - “Arwah dah tiga tahun menetap di studio M.Nasir”

Penyanyi berusia 48 tahun itu juga mengambil peluang dengan menggunakan platform saluran YouTube untuk menjana pendapatan lain.

Tam 2

Tam ambil peluang waktu PKP untuk selesaikan kerja tertangguh.

"Saya gunakan masa yang ada ini untuk buat macam-macam... selesaikan kerja yang tertangguh. PKP ini mungkin ada yang terjejas tapi Alhamdulillah, saya tidak.

"Saya memang banyak habiskan masa di studio dan ada benda baik juga sepanjang PKP. Saya pun selalu pesan pada kawan-kawan gunakan platform yang ada untuk asah bakat.

"Sepanjang PKP ini, saya berpeluang buat cover lagu yang saya suka dan muat naik di saluran YouTube saya. Dapat juga jana pendapatan di situ," katanya kepada mStar.

Saya pun selalu pesan pada kawan-kawan gunakan platform yang ada untuk asah bakat.

TAM

VOKALIS SPIDER

Tam berkongsi perkara itu ketika ditemui ketika majlis pelancaran Kebun Che Mah di Kemensah, Kuala Lumpur pada baru-baru ini.

Dalam pada itu, Tam turut memberitahu dia dan anggota kumpulan Spider mempunyai perancangan untuk menyambut ulang tahun ke-25 dalam industri seni.

Bagaimanapun, perancangan tersebut terpaksa ditangguh memandangkan aktiviti seperti konsert masih belum dibenarkan.

Tam 1

Ahli kumpulan Spider. Dari kiri; Tam, arwah Tony, Aie dan Nafie.

"Tahun ini merupakan ulang tahun yang ke-25 Spider dalam industri. Kami memang berhajat untuk lakukan sesuatu pada tahun ini.

"Sepatutnya memang ada perancangan nak buat konsert. Tapi semua perancangan itu tersangkut disebabkan pandemik Covid-19... tak boleh nak buat apa-apa.

"Kami pun terpaksa akur tapi ada juga mencari jalan untuk lakukan sesuatu. Nak buat konsert secara maya macam susah juga.

"Sudah tentu kami nak kongsi 25 tahun bersama peminat yang selama ini menyokong Spider. Insya-Allah kalau ada nanti kami kongsikan," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain