suria

Uqasha Senrose teraju The Hotel 2, Michael Ang jelaskan jalan cerita berbeza

Mira hanya membintangi drama The Hotel musim pertama manakala musim kedua akan diterajui oleh Uqasha.

BAHARU saja memasuki episod pertama, penonton drama The Hotel mula bimbang tentang ura-ura pelakon Mira Filzah akan digugurkan pada musim kedua nanti.

Semuanya gara-gara pendedahan penerbit drama The Hotel, Micheal Ang mengenai penampilan Uqasha Senrose sebagai pelakon utama bagi musim kedua.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sangka MK K-Clique malu-malu dengan perempuan, takut tenung mata Mira Filzah

ARTIKEL BERKAITAN: “Boleh tak nak post apa-apa dekat IG ke, Twitter ke, pakai otak sikit?” - Mira Filzah

Namun Micheal yang dihubungi mStar menjelaskan tiada istilah 'menggantikan' Mira Filzah, sebaliknya musim kedua nanti akan menampilkan jalan cerita berbeza dengan kehadiran watak baharu.

mike

Mira dedah Michael Ang beritahu The Hotel ada musim kedua.

"Drama The Hotel ini ada konsep tersendiri. Untuk musim pertama memang Mira pegang watak utama tapi musim kedua nanti Uqasha pula.

"Tapi bukan bermaksud saya matikan watak Mira. Tapi memang konsep macam itu. Untuk musim kedua penghuni baru pula masuk. Jadi watak orang lain pula.

"Untuk musim kedua akan ada kaitan dengan pertama tapi jalan cerita yang berbeza. Pelakon pekerja hotel saja akan ada di musim kedua," katanya kepada mStar.

Untuk musim pertama memang Mira pegang watak utama tapi musim kedua, Uqasha pula.

MICHAEL ANG

PENERBIT

Terdahulu, Mira Filzah yang membawakan watak Raisa menerusi Instagram memberitahu dia tidak terlibat dalam perancangan The Hotel musim kedua.

Malah, Mira atau nama sebenarnya Nur Amira Filzah Badioezaman memberitahu aktres Uqasha Senrose pula akan menerajui drama itu.

"Kejutan, Mike pun dah beritahu dekat IG Live dia tadi. Ada The Hotel musim kedua, diterajui oleh Uqasha Senrose. Mira masih lagi ada baki beberapa hari nak habiskan The Hotel musim pertama.

"Kemudian siapa yang terlibat dari musim pertama akan sambung terus musim kedua bersama barisan pelakon baru," kata Mira menjawab pertanyaan netizen.

mira 1Watak Mira dan MK hanya untuk musim pertama sahaja.

Selain Mira, drama yang ditayangkan pada Isnin xinga Khamis menerusi Slot MegaDrama, Astro Ria itu turut dibintangi oleh penyanyi rap MK K-Clique dan Sean Lee.

Dalam pada itu, Michael yang juga seorang pengarah menyedari terdapat segelintir penonton yang mempersoalkan watak Mira Filzah kerana dikatakan tidak sesuai dengan karakter dirinya yang sebenar.

Memuji lakonan Mira yang lain daripada kebiasaannya, Michael memberitahu dia sengaja mencipta watak seorang wanita baik namun mempunyai sikap psiko.

"Saya ada terbaca juga beberapa komen mengenai watak Mira itu. Katanya watak itu tak sesuai dengan Mira. Tapi bagi saya, Mira sudah lakukan yang terbaik.

"Sebab memang saya nak wujudkan watak seorang perempuan baik tapi sebenarnya psiko. Mira berjaya membawa watak tersebut.

"Tak semestinya watak itu kena orang yang muka jahat saja boleh bawa. Ramai saja orang yang nampak baik tapi sebenarnya psiko," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain