suria

Sedia sambut bayi sulung, Azmi Saat ‘korek’ tabung hantar isteri bersalin hospital swasta - “Sanggup berkorban, dia dah mengandungkan anak saya”

Azmi tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata sulung selepas 10 tahun berkahwin dengan isterinya.

SEPULUH tahun menantikan zuriat membuatkan penyanyi Azmi Saat mengambil langkah berjaga-jaga dan mengikut nasihat doktor agar isterinya bersalin secara pembedahan.

Menurut Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Mohd. Saat, dia dan isteri iaitu Nazirah Muhammad memilih kaedah itu kerana enggan meletakkan risiko terhadap bayi mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Azmi Caliph Buskers hidup susah awal perkahwinan, gadai gelang emas isteri sebab nak pindah rumah - “Dia penjawat awam ada gaji tetap”

ARTIKEL BERKAITAN: Sering bergerak solo, Azmi Saat akui pernah selisih faham dengan Caliph Buskers - “Saya tak lupakan mereka, kalau ada rezeki lebih selalu belanja makan”

Teruja bakal menjadi seorang bapa, penyanyi berusia 33 tahun ini juga memilih tarikh hari lahirnya iaitu 27 September untuk menyambut kelahiran bayinya.

Azmi 1

Azmi turut berkongsi perkara itu di Instagram.

"Alhamdulillah... kandungan isteri sudah cecah 37 minggu. Ikutkan isteri dijangka bersalin secara normal pada 8 Oktober depan.

"Tapi doktor cadangkan untuk bersalin secara pembedahan sebab dah 10 tahun kami tunggu baby. Takut tunggu lama, ada masalah pada baby.

"Bila lakukan pembedahan yang dirancang ini, kurang risiko pada baby. Jadi, kami ikut saranan doktor. Kami diberi pilihan tarikh dari 23 hingga 28 September.

"Saya pilih 27 September sempena hari lahir saya dan kebetulan isteri memang nak baby lahir hari Jumaat atau Isnin. Tarikh itu jatuh pada hari Isnin," katanya kepada mStar.

Lagipun, demi nak hargai isteri saya juga.

AZMI SAAT

PENYANYI

Sebelum ini, ahli kumpulan Caliph Buskers itu menerusi Instagram mendedahkan isterinya bakal melahirkan bayi mereka secara pembedahan.

Dalam pada itu, demi menghargai isteri, penyanyi lagu Hanya NamaMu ini sanggup menggunakan wang simpanan untuk pembelanjaan proses bersalin di hospital swasta.

"Insya-Allah isteri akan bersalin di sebuah hospital swasta. Kalau nak ikutkan, dalam keadaan sekarang soal pembelanjaan itu memang agak susah.

Azmi 2

Azmi dan isteri berkahwin pada 2011.

"Tapi memikirkan anak sulung dan belum tentu selepas ini ada rezeki lagi. Tak apa, saya sanggup berkorban. Lagipun, demi nak hargai isteri saya juga.

"Dia dah mengandung dan nak melahirkan anak saya. Kalau bersalin di hospital kerajaan, suami tak boleh teman. Isteri nak saya ada waktu bersalin.

"Jadi, saya gunakan duit simpanan dan duit untuk buat ubah suai rumah selain isteri pun ada tambah duit dia juga untuk pembelajaan proses bersalin," ujarnya.

Untuk rekod, Azmi mendirikan rumah tangga dengan Nazirah yang juga cacat penglihatan pada tahun 2011.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain