suria

[VIDEO] Noki K-Clique terkejut persembahan 2 tahun lalu dapat perhatian artis antarabangsa - “Tak sangka Snoop Dogg tengok 16 Baris”

Noki terkejut dapat reaksi daripada Snoop Dogg.

TERKEJUT dan masih tidak percaya, itu reaksi penyanyi rap Noki K-Clique apabila video nyanyiannya dua tahun lalu mendapat perhatian penyanyi rap terkenal Snoop Dogg.

Ahli kumpulan rap K-Clique itu mengakui terharu dengan pujian yang diberikan dan tidak menyangka bintang antarabangsa itu mengambil tahu tentang industri muzik Malaysia.

"Saya baru tahu pagi Rabu, tahu pun daripada instastory orang lain. Tak sangka Snopp Dogg tengok 16 Baris. Benda ni sangat la mengejutkan... unxepected!

ARTIKEL BERKAITAN: Noki K-Clique diminati wanita berusia selepas menang AJL35, ada yang sanggup tulis komen tak senonoh!

"Saya rasa beruntung sebab kebetulan dia screenshot part saya tengah berdiri dan muat naik di Instagram” katanya kepada mStar.

Terdahulu pada Rabu, video persembahan nyanyian rap daripada Bunga, Noki dan Who Si Jay yang dimuat naik di saluran 16 Baris pada tahun 2018 menarik perhatian penyanyi rap terkenal Snoop Dogg.

Video yang meraih 3.2 juta tontonan itu juga mendapat pujian daripada penyanyi lagu Ain't No Fun berkenaan di laman sosialnya.

"Dope show with unsinged international rappers, (persembahan terbaik daripada bukan artis antarabangsa)” tulisnya pada kapsyen.

Untuk rekod, 16 Baris merupakan saluran YouTube dikendalikan oleh Joe Flizzow yang membuka peluang kepada penyanyi rap baharu dari Malaysia, Singapura dan Indonesia menunjukkan bakat.

Dalam pada itu, Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhawan Aji, 27, berkata, pujian itu sedikit sebanyak menyuntik semangatnya dalam menghasilkan karya yang lebih baik.

Ia sedikit sebanyak memberi semangat kepada saya untuk menghasilkan karya yang terbaik dan terus mencipta nama.

NOKI K-CLIQUE

PENYANYI

"Penyanyi rap luar pun sudah mula nampak perkembangan hip hop di Malaysia, so it's a good thing.

"Bila terima pujian ia sedikit sebanyak memberi semangat kepada saya untuk menghasilkan karya yang terbaik dan terus mencipta nama di dalam dan luar negara suatu hari nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang perkembangan kerjayanya, Noki memberitahu dia kini sudah menceburi dunia lakonan.

Katanya, dia bakal memulakan penggambaran drama pertama bersama rakan seperjuangan MK K-Clique.

NOKI2

Noki berharap dapat menghasilkan karya dan terus mencipta nama.

"Okay cerita fasal berlakon, sekarang saya dah start berlakon. Noki mula penggambaran Khamis, drama apa? nanti saya akan maklumkan.

"Saya akan berlakon bersama MK dalam drama 20 episod dan akan disiarkan di Media Prima,"ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Noki, K-Clique, Snoop Dogg, 16 Baris

Artikel Lain