suria

[VIDEO] Sayu tengok anak-anak tabur bunga, siram air atas pusara Siti Sarah, Shuib tunai janji ziarah kubur - “Sambut birthday you dekat rumah baru you”

Shuib bersama anak-anak ziarah kubur Allahyarham Siti Sarah pada Rabu.

ULANG TAHUN Allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang ke-37 pada Rabu disambut dengan perasaan pilu dan sebak oleh suaminya Shuib Sepahtu dan anak-anak.

Kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menziarah kubur digunakan Shuib untuk membawa tiga anaknya ke pusara ibu mereka buat kali pertama.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tiga anak Shuib ‘melekat’ keliling katil adik Ayash Affan... Uwais paling teruja - “Mereka happy sangat dapat tengok depan mata”

Menerusi video berdurasi satu minit 18 saat yang dikongsi memperlihatkan suasana sayu dan kelihatan wajah sedih Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin membacakan doa buat arwah ibu mereka.

"Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-37 Sayang,

"Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Hari ini I dengan anak-anak sambut birthday you dekat rumah baru you.

"InsyaAllah, walaupun berbeza keadaan, I tahu you ade je dengan kita, rasa cinta yang tetap sama, InsyaAllah," katanya.

Sementara itu, rata-rata netizen mendoakan segala kebaikan buat arwah Siti Sarah dan juga buat Shuib bersama anak-anaknya.

InsyaAllah, walaupun berbeza keadaan, I tahu you ade je dengan kita, rasa cinta yang tetap sama, InsyaAllah

SHUIB

PELAWAK

Pada Selasa, Shuib berkongsi berita gembira menerusi Instagramnya apabila anak keempatnya, Ayash Affan yang berada dalam pemantauan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dibenarkan pulang ke rumah.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di PPUKM Kuala Lumpur akibat Covid-19.



Shuib membawa anak keempatnya Ayash pulang ke rumah pada Selasa.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu.

Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

Untuk rekod, Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita berang mentua melahap kek perkahwinan

Kes harian Covid-19 kembali turun