suria

Wow banyak pilihan... Astro tawar lapan saluran baharu lebih segar dengan nilai berganda

Astro beri nafas baharu kepada saluran-saluran pek Keluarga, Filem, Variasi dan Pendidikan dan Sukan demi memenuhi kepuasan pelanggan.

STESEN televisyen berbayar Astro mengumumkan beberapa tawaran saluran baharu secara percuma bagi memastikan pelanggan dapat menikmati kandungan yang lebih variasi, nilai berganda dan lebih fleksibel.

Saluran-saluran baharu tersebut ialah HBO Family, HBO Hits, SHOWCASE MOVIES, BBC Lifestyle, BBC Earth, Paramount Network, Lifetime dan PRIMEtime ditawarkan bermula 15 September.

Manakala saluran sukan baharu seperti Astro Arena 2, Astro SuperSport 5 dan SPOTV akan bermula pada 1 Oktober.

Selain itu, pelanggan yang disambungkan kepada On Demand juga boleh menantikan dua saluran BBC tambahan iaitu BBC First dan BBC Brit yang menawarkan lebih drama dan program hiburan Britain pada pertengahan Oktober depan.

ARTIKEL BERKAITAN: All Together Now Malaysia dihentikan siaran, Astro perjelas dakwaan langgar SOP - “Ada penghadang lutsinar antara juri”

Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad berkata, tawaran baharu ni tepat pada masanya susulan pengumuman Disney yang akan menghentikan saluran-saluran TV tertentu di rantau ini sebagai sebahagian daripada strateginya untuk mendorong penggunaan perkhidmatan penstrimannya.

Menurutnya, hasil daripada peralihan global ini, semua rakan serantau di Asia Tenggara termasuk Astro akan menghentikan penyiaran saluran-saluran TV di bawah Disney selepas 30 September termasuk FOX, FOX Life, FX, FOX Movies, FOX Action Movies, FOX Family Movies, FOX Sports, FOX Sports 2, FOX Sports 3, dan Nat Geo People.

“Sejajar dengan perubahan semasa dalam pilihan dan permintaan pengguna, ditambah pula dengan hasrat kami untuk memperluas penawaran kandungan, kami dengan berbesar hati menampilkan barisan saluran-saluran baharu yang membawa bersama mereka, rancangan-rancangan terbaik yang amat dinantikan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, saluran Discovery Science dan Hello akan dihentikan selepas 30 September bagi memberi nafas baharu kepada kandungan hiburan berbahasa Inggeris.

WhatsApp Image 2021-09-15 at 14.40.28

Manakala bagi peminat sukan boleh menantikan 3 saluran baharu - Astro Arena 2, Astro SuperSport 5 dan SPOTV.

"Astro SuperSport 5 akan membawakan UFC dan Formula 1, sementara SPOTV menjanjikan aksi langsung MotoGP, Wimbledon, US Open secara langsung agar peminat sukan boleh terus menikmati lebih di Astro.

“Dalam memenuhi permintaan dunia penstriman yang semakin meningkat, kami menggalakkan pelanggan untuk mendaftar di aplikasi kami seperti Astro GO, HBO GO, iQIYI, Disney+ Hotstar dan terbaharu TVB Anywhere+," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita berang mentua melahap kek perkahwinan

Kes harian Covid-19 kembali turun