suria

Cemburu lihat perubahan rakan artis, Shuk Sahar keluar tiga malam tidur masjid - “Saya tengok ramai kawan-kawan sertai tabligh, rasa terbuka hati”

Shuk berkongsi pengalaman keluar ikut jemaah tabligh.

TERBUKA hati menyertai jemaah tabligh selama tiga hari memberi pengalaman baharu buat pelawak Shuk Sahar.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohammed Sahar, 35, berkata, ia merupakan sesuatu yang sukar digambarkan dan memberi ketenangan dalam dirinya.

Selain itu, Shuk berkata, perubahan rakan-rakan artis yang kini mendekatkan diri kepada agama turut mendorong dirinya untuk cuba perbaiki diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Sahar buka kedai kopi tepi jalan, kontroversi rumah tangga tak patahkan semangat untuk cari duit

"Sebenarnya saya tengok ramai kawan-kawan dah keluar sertai tabligh, sejak daripada itu rasa terbuka hati nak sertai sekali, kebetulan ada ayahanda Cik Ton ajak join sekali.

"Dapatlah peluang untuk ikut sekali merasai pengalaman yang tidak pernah dirasai sebelum ni.

Rata-rata netizen mendoakan tentang perubahan Shuk.

"Pengalaman tiga hari tu sangat best... susah nak cakap, apa yang pasti hati saya jadi tenang," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, foto Shuk bersama seorang pendakwah dikenali sebagai maulana Helmi tular di media sosial.

Rata-rata netizen menyokong dan mendoakan pelawak itu terus istiqomah dalam mendalami ilmu agama.

Pengalaman tiga hari tu sangat best... susah nak cakap, apa yang pasti hati saya jadi tenang

SHUK SAHAR

PELAWAK

Sementara itu, Shuk berkata, sepanjang tiga hari keluar menyertai jemaah tabligh, isteri dan anak ditemani adik iparnya di rumah.

"Masa keluar tiga hari isteri saya tinggal dengan adik ipar, kebetulan juga adik ipar saya duduk sekali dengan kawan isteri saya.

"Insyaallah kalau ada masa dan peluang saya akan terus ikut lagi jemaah tabligh ni.

WhatsApp Image 2021-09-06 at 9.18.38 PM

Shuk berharap akan terus istiqomah sertai jemaah tabligh.

"Ini sedikit sebanyak dapat mengimbau kembali pengalaman tidur di masjid. Last sekali saya tidur masjid macam ni masa zaman sekolah dulu la kat asrama," katanya.

Shuk juga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang masih menyokong dan mendoakan perjalanan kerjaya daripada dahulu hingga kini.

"Terima kasih kepada yang mendoakan dan menyokong saya, doakan saya untuk sentiasa istiqomah.

"Kalau ada terdetik nak pergi tu, terus ikut je. InshaAllah akan dapat rasai pengalaman yang tak pernah rasa sebelum ini," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita berang mentua melahap kek perkahwinan

Kes harian Covid-19 kembali turun