suria

[VIDEO] Risau badan makin gemuk Fizz Fairuz sanggup tak makan dua minggu, berat badan susut 6 kg - “Allah makbulkan niat dia nak kurus... tapi sebab sakit”

Fizz Fairuz alami penyakit gastrik sejak dua minggu lalu.

AKIBAT mahu menurunkan berat badan sebagai persediaan sebelum memasuki set penggambaran, pelakon Datuk Fizz Fairuz mengalami masalah gastrik.

Isterinya, Datin Almy Nadia yang dihubungi mStar berkata, Fizz dibawa ke sebuah pusat perubatan untuk pemeriksaan pada petang Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizz Fairuz jadi paranoid, risau bawa balik virus - “Selagi kes tak turun, tak nak keluar rumah... harap orang ramai ambil vaksin”

Bagaimanapun aktor itu dibenarkan pulang pada hari yang sama selepas menerima rawatan.



"Semalam saya bawa dia ke hospital dan doktor masukkan air dan ubat untuk bagi dia rasa lega tapi tidak ditahan di wad.

"Doktor cakap gastrik dia banyak sebab sudah dekat dua minggu dia tak makan disebabkan asid dalam perut banyak, lepas ni kena makan betul-betul," katanya.

Dia cakap dia gemuk, berat 84 kilogram... dia nak kurus sebelum start penggambaran.

ALMY NADIA

PELAKON/ISTERI



Sementara itu, Almy turut menambah pelakon filem Munafik itu mengalami masalah berkenaan sejak dua minggu lalu.

Perkara itu juga membuatkan berat badan pelakon filem Munafik itu susut enam kilogram.

"Dia cakap dia gemuk, berat 84 kilogram... dia nak kurus sebelum start penggambaran, sekarang Allah makbulkan niat dia nak kurus, berat badan sekarang 78 kilogram, tapi kurus sebab sakit.

"Doakan semoga my boy cepat sembuh," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita berang mentua melahap kek perkahwinan

Kes harian Covid-19 kembali turun