suria

All Together Now Malaysia dihentikan siaran, Astro perjelas dakwaan langgar SOP - “Ada penghadang lutsinar antara juri”

Ajoi Zainal dan Najwa P Ramlee layak mara ke episod akhir.

BARU sempat bersiaran bagi episod pertama pada Ahad lalu, program hiburan All Together Now Malaysia (ATNM) terpaksa dihentikan tayangan buat sementara waktu sehingga siasatan berkaitan dakwaan berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) selesai.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, rakaman program tersebut dibuat pada Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0).

ARTIKEL BERKAITAN: Power betul suara Ajoi Zainal ‘All Together Now Malaysia’... sampai Zizan Razak pun menangis sebak

"Krew penerbitan menjalankan ujian calitan Covid-19 ke atas semua yang mengambil bahagian sebelum rakaman bermula dan hanya mereka yang berstatus negatif sahaja dibenarkan meneruskan rakaman.

Sherry Alhadad bertindak sebagai hos.

"Set yang dibina telah mengambil kira penjarakan fizikal antara juri dengan jarak 1.5 meter di samping diletakkan penghadang lutsinar antara mereka," katanya menerusi kenyataan kepada mStar pada Selasa.

Menurut Raqim lagi, sepanjang proses rakaman dijalankan, wakil daripada beberapa agensi keselamatan turut berada lokasi.

Terdahulu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dilaporkan mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan berkenaan susulan dakwaan pelanggaran SOP.

Set yang dibina telah mengambil kira penjarakan fizikal antara juri dengan jarak 1.5 meter.

RAQIM AHMAD

ASTRO

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Rabin Basir berkata siasatan ke atas rancangan itu akan dikendalikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Laporan itu turut memetik bahawa KKMM akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya mereka mengenal pasti berlakunya pelanggaran SOP sepanjang rakaman program berkenaan.

ATNM merupakan program realiti nyanyian terbaharu terbitan Astro Ria yang menyaksikan seramai 50 selebriti tempatan menjadi juri rancangan tersebut.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain