suria

Bertuahnya jadi Sharifah Rose... dapat masuk kelas ‘free’ - “Abil memang akan pilih siapa yang akan join”

Nabila Huda iklash ingin membantu mereka yang ingin mendapatkan perkongsian ilmu lakonan.

AKTRES Nabila Huda mengakui dia bukanlah seorang guru profesional atau bertauliah untuk membuka kelas lakonan bagi mengasah bakat pelakon baharu.

Sebaliknya Nabila atau mesra dipanggil Abil, 37, berkata dia sekadar mahu berkongsi ilmu mengenai asas lakonan agar seseorang pelakon itu mampu membawa diri dalam industri hiburan.

"Abil bukan cikgu yang profesional, proses pengajaran tidak mengikuti silibus dalam buku. Abil hanya kongsikan pengalaman lakonan, apa yang saya lalui dan orang lain boleh praktis.

ARTIKEL BERKAITAN: Influencer nak jadi pelakon? Kena ‘hadam’ dulu pesanan Nabila Huda - “Kalau saya tak pandai berlakon... tak berani nak ambil watak utama”

"Kalau betul-betul kelas lakonan, ramai lagi cikgu hebat yang fokus kepada teknik dalaman, jiwa, pergerakan, cara lontar dialog dan macam-macam lagi.

"Ini bukan kelas lakonan, saya hanya kongsikan ilmu pengetahuan asas yang mereka perlu tahu sebelum menjadi sorang pelakon. Abil rasa terharu, ramai pelakon baharu, influencer nak belajar," katanya kepada mStar.

Pada Ahad lalu, beberapa selebriti antaranya Aishah Azman, Sharifah Rose, Kaka Azraf serta Uchee Fukada menyertai kelas secara dalam talian kendalian Nabila.

Antara barisan pelakon yang mengikuti kelas lakon Nabila Huda.

Inisiatif Nabila untuk mengadakan kelas secara percuma itu muncul selepas timbulnya isu 'lakonan kayu' membabitkan pelakon baharu khususnya dalam kalangan selebriti media sosial.

Dalam pada itu pelakon filem M4M4 itu berkata sebagai permulaan dia memilih kumpulan pelakon yang mempunyai sedikit pengetahuan dalam bidang lakonan.

Abil memang taknak terima apa-apa bayaran, pada saya kongsi ilmu tak merugikan apa-apa pun, saya masih boleh bekerja, duit boleh cari.

NABILA HUDA

PELAKON

"Abil memang akan pilih siapa yang akan join. Pertamanya dalam kalangan pelakon baharu atau pernah belakon... at least mereka tahu situasi dekat set macam mana.

"Saya tekankan betapa pentingnya disiplin dan jaga relationship dengan pelakon lain dan crew belakarang tabir ketika berada di set. Kalau dapat skrip apa yang mereka perlu buat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Benda ni memang bagus, pendatang baharu perlu mempunyai asas lakonan terlebih dahulu dan persediaan secukupnya sebelum memasuki set penggambaran," katanya.



Nabila Huda mahu pelakon baharu bersedia fizikal mental sebelum memasuki set penggambaran.

Bercerita soal bayaran, Nabila berkata dia ikhlas untuk membantu pendatang baharu memantapkan lakonan mereka.

"Abil memang tak nak terima apa-apa bayaran. Tak rugi apa-apa saya kongsikan ilmu... saya masih boleh bekerja, boleh cari duit.

"Lebih-lebih lagi keadaan PKP macam ni orang nak masuk kelas pun tak mampu, saya nak bantu je mereka yang baharu dalam industri ni dengan ikhlas," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain