suria

Ahli kumpulan Nuradee sedar selepas lebih sebulan koma… doktor sahkan hidap barah otak - “Memori dia hilang 50 peratus”

Mohd Noor atau Nur (baju hitam) sedar selepas sebulan koma.

SELEPAS lebih sebulan berada dalam keadaan koma, penyanyi Singapura Mohd Noor Abdullah dari kumpulan Nuradee kini sudah sedarkan diri pada Rabu.

Perkara itu dikongsikan menerusi Facebook Nuradee yang memaklumkan penyanyi berusia 53 tahun itu disahkan menghidap barah otak dan kehilangan ingatan hampir 50 peratus.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Sayu tengok anak-anak tabur bunga, siram air atas pusara Siti Sarah, Shuib tunai janji ziarah kubur - “Sambut birthday you dekat rumah baru you”

“Nur (Mohd Noor) dah sedar, dia nak minta discharge, doktor izinkan tapi berat nak izinkan kerana dah dua bulan di hospital.

“Doktor mengesahkan Nur ada tumor di otak. Sebelah tangan cripple kena banyak terapi... memori Nur 50 peratus hilang.

“Tiada daya dan upaya hanya berserah. Terima kasih pada yang mendoakan dan yang menyumbang. Mudah-mudahan ringan beban kami untuk membayar bil-bil hospital,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi laporan Berita Harian Singapura, abangnya yang juga ahli kumpulan Nuradee, Mohd Rashid Abdullah atau Adee, 54, memberitahu adiknya rebah secara tiba-tiba selepas makan malam di rumah mereka di Gelang Patah, Johor Bahru pada awal Ogos lalu.

Nuradee

Bagi yang ingin membantu boleh hubungi Facebook Nuradee.

Mohd Noor pada mulanya dimasukkan ke hospital swasta Gleneagles Hospital Medini Johor dan dirawat di Unit Jagaan Rapi selama dua minggu.

Memandangkan bil hospital agak tinggi, kata Adee, dia terpaksa mengambil keputusan untuk membawa adiknya pulang ke Singapura bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Mohd Noor dimasukkan ke Hospital Besar Sengkang sejak dua minggu lalu sementara Adee menjalani kuarantin selama dua minggu.

"Sebenarnya sudah hampir dua tahun kami tak balik Singapura kerana uruskan kerja di sana.

"Isteri dan dua anak Noor memang ada di Singapura. Noor pernah beritahu dia begitu rindu dengan anak-anak dan isteri. Tetapi keadaannya biasa-biasa sahaja sebelum rebah.

Doktor mengesahkan Nur ada tumor di otak... memori 50 peratus hilang.

ADEE

AHLI KUMPULAN NURADEE/ ABANG

"Cuma sejak tahun lalu, dia disahkan menghidap kencing manis, tetapi keadaannya terkawal," kata Adee.

Dua orang anaknya kini belajar di pusat pengajian tinggi sementaranya isterinya bertugas di sebuah hospital.

Tambah Adee, adiknya yang sebelum ini memerlukan alat bantuan oksigen, kini boleh bernafas sendiri.

Kumpulan Nuradee dianggotai oleh adik-beradik ini popular dengan lagu Corona Hampir Meragut Semuanya sehingga dijadikan runut bunyi dokumentari lapan episod Tragedi Corona di Astro Awani.

Sepanjang berada di Malaysia, mereka melaksanakan amanah sebagai duta kumpulan sokongan penghidap demensia dalam kalangan masyarakat Melayu, The Chapal Malay Dementia Community.

Nuradee juga mencipta lagu tema mereka dan terlibat dalam beberapa projek.

Kumpulan yang popular dengan lagu Gurindam Pusaka, Diam dan Kata dan Makna itu mengusahakan minyak wangi Osem dan makanan beku serta ringan yang dipanggil Cemel-Cemel.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain