suria

Tiga kali keguguran, Shaheizy Sam umum Syatilla hamil tiga minggu - “Kali keenam... doakan bertahan cukup sembilan bulan”

Syatilla bakal melahirkan anak ketiga pada Mei depan.

TIGA kali mengalami keguguran, pelakon Shaheizy Sam berkongsi berita gembira apabila isterinya Syatilla Melvin kini sedang berbadan dua.

Sam atau nama sebenar Shaheizy Sam Abdul Samad, 39, memberitahu isterinya hamil tiga minggu dan anak ketiga mereka itu dijangka lahir pada Mei tahun depan.

"Produk terbaharu akan datang! Setelah RND (research and development) lebih tiga minggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sabarlah Sam... Syatilla Melvin keguguran, tiada rezeki timang anak ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: Shahiezy Sam cerita sikap buruk diri sendiri sebelum kahwini Syatilla Melvin - “Walaupun perangai saya tak berapa elok, dia tetap ada”

"Dijangka bakal dilancarkan pada bulan Mei tahun depan," katanya menerusi laman Instagram pada Khamis.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik foto bersama isteri memegang kit ujian kehamilan.

sam 3

Sam kongsi berita gembira bakal timang anak ketiga tahun depan.

Sementara itu, Syatilla, 30, pula berkata kehamilan ini merupakan salah satu rezeki paling berharga yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka.

"Kali keenam (hamil)! Syukur Alhamdulillah... baru rancang nak pakai IUD (Intrauterine Device, alat mencegah kehamilan) tahu tak? Rezeki Allah nak bagi.

“Hari-hari minta Allah murahkan rezeki, murah sungguh-sungguh Allah bagi. Doakan kandungan bertahan sampai cukup sembilan bulan," ujarnya.

Hari-hari minta Allah murahkan rezeki, murah sungguh-sungguh Allah bagi!

SYATILLA MELVIN

PELAKON

Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada pasangan ini masih belum berjaya.

Menerusi laporan mStar pada 7 April lalu, Syatilla mendedahkan dia mengalami keguguran kali ketiga ketika kandungan berusia lapan minggu.

sam 2

Keluarga bahagia... Sam bersama isteri dan dua anak mereka.

Kata Syatilla, dia mengetahui perkara tersebut ketika membuat pemeriksaan degupan jantung di sebuah klinik.

Aktres drama Sha & Shah ini juga mendedahkan dia pernah dua kali mengalami keguguran sebelum melahirkan anak pertama dan kedua.

Sam mendirikan rumah tangga dengan Syatilla atau nama sebenar Siti Nur Syatilla Amirol Melvin pada 8 Februari 2016.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy yang kini berusia setahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain