suria

Sabarlah Sam... Syatilla Melvin keguguran, tiada rezeki timang anak ketiga

Syatilla akui sedih apabila mengetahui dia mengalami keguguran.

TIADA rezeki untuk dikurniakan cahaya mata ketiga, pelakon Syatilla Melvin mendedahkan dia baharu sahaja mengalami keguguran ketika kandungan berusia lapan minggu.

Menurut Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, dia mengetahui perkara tersebut ketika membuat pemeriksaan degupan jantung di sebuah klinik pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Syatilla Melvin lega akhirnya dapat jalani pembedahan buang tonsil - “Dah lama bengkak dan menganggu kehidupan serta aktiviti harian saya”

“Sebenarnya saya baru tahu pregnant... tapi tak ada rezeki untuk anak ketiga. Ikutkan kandungan saya sudah mencecah lapan minggu tapi semalam, doktor sahkan yang kandungan saya terbantut... tak berkembang.



Sam berkongsi berita gembira mengenai kehamilan Syatilla pada 22 Mac lalu.

Dalam pada itu, pelakon drama Sha & Shah ini mengakui dia berasa sedih memandangkan sudah bersedia untuk menimang anak ketiga namun menganggap ia bukan rezekinya lagi.

Malah, Syatilla yang juga usahawan berjaya mendedahkan dia pernah dua kali mengalami keguguran sebelum melahirkan anak pertama dan kedua.

Doktor sahkan yang kandungan saya terbantut... tak berkembang.

SYATILLA MELVIN

PELAKON

“Memang la sedih sebab saya pun dah bersedia untuk anak ketiga... tapi saya reda, tak ada rezeki untuk saya dan Sam. Apabila doktor beritahu semalam, Sam terdiam sekejap.

“Tapi dia terima dengan hati terbuka. Syeriv pun dah teruja dan selalu cium perut saya.

“Sebenarnya, ini merupakan kali ketiga saya alami keguguran. Kali pertama, sebelum Syeriv dan kedua... sebelum Sarima. Buat masa sekarang, saya harap janin akan gugur sendiri... kalau tidak, saya akan lalui proses mencuci rahim, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Artikel Berkaitan

Artikel Lain