suria

Kantoi! Ernie dan Syamel malu-malu disergah bermanja atas kerusi dalam rumah

Pasangan pengantin baharu ini 'kantoi' bermanja di set penggambaran.

SELEPAS hampir dua minggu diijabkabulkan, pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel nampaknya masih belum sempat berehat kerana perlu menyelesaikan komitmen kerja mereka.

Tidak seperti kebanyakan pasangan pengantin baharu yang akan bercuti panjang, Syamel dan Ernie juga juga terpaksa melupakan seketika hasrat untuk berbulan madu disebabkan terikat dengan larangan rentas negeri.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Wow! Syamel, Ernie buat ‘show’ dalam resepsi sendiri... lancar single Goodbye Hello

Menariknya, perkara itu tidak menjadi masalah buat pasangan ini yang masih lagi boleh bermanja di lokasi penggambaran.

Pasangan ini diraikan dalam majlis resepsi pada 3 April lalu.

Aksi manja pasangan berkenaan yang dirakam oleh rakan mereka menarik perhatian netizen yang terhibur dengan gelagat dua penyanyi berbakat besar ini.

Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, dan Syamel disergah ketika sedang bersantai di atas kerusi sebelum kedua-dua menahan malu apabila menyedari gelagat mereka dirakam secara senyap-senyap.

Aksi mereka dikongsikan menerusi akaun TikTok individu dikenali sebagai @aidunnoe.

Patut dicontohi, halal bukan tiket untuk buat apa saja di public.

NETIZEN

Rata-rata peminat terhibur dengan aksi pasangan suami isteri ini yang dilihat sangat comel dan menghiburkan.

Ini kerana menurut mereka, sebelum Ernie dan Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28, sah bergelar suami isteri, pasangan tersebut sangat jarang berkongsikan aksi mesra mereka buat tatapan umum.

"Patut dicontohi, halal bukan tiket untuk buat apa saja di public.

"Hahahaha, comel je mereka, dah kahwin pun masih malu-malu," komen netizen.

Netizen terhibur dengan aksi mesra Ernie dan Syamel.

Ernie dan Syamel diijabkabul pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Pasangan ini kemudiannya diraikan dalam satu majlis resepsi yang berlangsung pada Sabtu lalu di Bayswater @KLCC, Kuala Lumpur.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran ramai rakan selebriti antaranya seperti Scha Alyahya, Awal Ashaari, Ziana Zain, Anuar Zain, Ain Edruce, Wany Hasrita, Khai Bahar dan Nabila Razali.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

@aidunnoe

Bila kantoi tgh bercinta kat set “be like”



Artikel Berkaitan

Artikel Lain