suria

Ziana Zain jadi takut baca komen fitnah, lain macam cara kritik artis - “Semoga ia menjadi saksi hari penghitungan kelak”

Ziana Zain sedar dunia teknologi tanpa sempadan hari ini mengubah cara pemikiran pengguna media sosial.

BERGELAR selebriti semestinya tidak boleh lari daripada pelbagai gosip dan kontroversi panas, lebih-lebih lagi di zaman teknologi yang memudahkan netizen menulis pelbagai komen negatif.

Enggan memandang serius kutukan dan fitnah yang dilemparkan netizen, penyanyi Ziana Zain, 52, berkata dia hanya berserah kepada Allah untuk menilai dan mengadili perbuatan berkenaan.

"Saya baca (fitnah atau komen jahat di media sosial) sangatlah kejam, tapi apabila ingat balik siapa mereka nak menghukum kita... kerana hanya Allah SWT yang berhak menilai.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pendidikan itu penting, jika saya tiada nanti siapa nak tolong?”- Ziana Zain

"Betullah akhir zaman akan banyak fitnah dan inilah yang sedang kita hadapi, apabila ingat tentang itu, kita jadi dah tak hairan.

"Saya hanya pesan pada diri... Ya Allah sekiranya hati, fikiran dan tangan yang menaip itu hanya untuk tujuan menyakitkan orang lain, semoga ia menjadi saksi di hari penghitungan kelak!" katanya kepada mStar.

Ziana Zain enggan layan komen negatif netizen di media sosial.

Walaupun sekadar meluahkan pandangan secara umum, selaku artis senior Ziana berkata keterbukaan dalam memberikan komen dan kritikan boleh mengundang pelbagai kesan buruk.

Malah penyanyi lagu Putus Terpaksa ini berkata dia menyedari netizen hari ini lebih agresif dan gosip membabitkan selebriti lebih menakutkan berbanding ketika zaman di awal kemunculannya dahulu.

"Sekarang ini gosip tak macam dulu, tak ada media sosial, memang banyak perbezaan. Itulah keburukan di mana pengguna tak tahu guna media sosial dengan baik.

"Kita tak kacau pun mereka tapi timbul cerita begitu... saya baca sahaja tulisan netizen tapi tak perlulah dengan penuh kemarahan sebab memang itu kerja mereka nak kutuk orang," ujarnya.

Sejujurnya berlakon ni bukan senang macam menyanyi sebab komitmen dari pagi sampai malam tapi sebab jalan cerita, team yang best membuatkan kita seronok berada di set penggambaran!

ZIANA ZAIN

PENYANYI/ PELAKON

Bercakap mengenai karier seni, Ziana kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Kampung Kolestrol yang akan bersiaran di TV9 pada bulan Ramadan ini.

Teruja dapat memegang watak utama dalam drama ini, Ziana berkata berlakon dalam karya komedi bukanlah tugas mudah, namun dia seronok melakonkan watak seperti itu.

Barisan pelakon Kampung Kolestrol... Ziana Zain, Mas Idayu, Aiman Tino dan Sufian Suhaimi.

"Saya bawa watak utama sebagai madu kepada Mas Idayu... nak buat kelakar ni bukan senang tapi saya terima tawaran ini kerana jalan cerita seronok dan pasangan pun best, jadi kelakar.

"Sejujurnya berlakon ni bukan senang macam menyanyi sebab komitmen daripada pagi sampai malam. Tapi sebab jalan cerita serta team yang best membuatkan kita seronok berada di set penggambaran.

"Tak sabar nak menantikan reaksi penonton dan mereka boleh menilai sendiri cerita ini! Semoga ia mampu menarik hati penonton," katanya.

Selain Ziana Zain dan Mas Idayu, Kampung Kolestrol arahan Suhaimi Lua ini turut dibintangi oleh Sufian Suhaimi, Aiman Tino dan Rusdi Ramli.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!



Artikel Berkaitan

Artikel Lain